Bila kulit gatal-gatal, anda mesti akan ke farmasi untuk dapatkan krim sapu untuk kurangkan gatal. Kadang-kadang dapat ubat yang jenis krim dan kadang-kadang dapat yang jernih jenis ointment. Jadi, apa bezanya cream sapuan jenis cream dan ointment? Doktor ini telah kongsi apa perbezaan antara ubat sapu krim dan ointment.
CREAM ATAU OINTMENT?
Apa perbezaan antara cream dan ointment? Yang mana satu lebih berkesan? Penerangannya, cream bersifat water based manakala ointment bersifat oil based.
CIRI UTAMA CREAM
3 ciri utama cream adalah, mudah disapu pada bahagian yang besar (easily spread on large body surfaces). Kurang melekit dan tekstur yang ‘ringan’ (less sticky and light texture). Mudah dicuci (easily wash off with water).
CIRI UTAMA OINTMENT
Bersifat ‘occlusive’ dan memerangkap kelembapan pada kulit dengan lebih berkesan. Menggalakkan lebih penyerapan ubat (active ingredient) pada kulit. Berminyak dan melekit (greasy and sticky). Nak guna yang mana? Ha, bergantung lah kepada keadaan. Kalau kulit sangat kering, ointment bertindak lebih baik kerana ia bersifat ‘occlusive’.
Maksudnya, kalau kita sapu ointment pada kulit kering, ia akan tahan lebih lama berbanding cream. Ia juga memerangkap kelembapan dan penyerapan ubat (active ingredient) dengan lebih bagus. Kalau sapu cream, kejap sahaja dah hilang sebab ia adalah water based, mudah tersejat (evaporated).
Tapi kalau kalau kawasan yang bermasalah itu bersifat ‘basah’ (wet) atau ‘berair’ (oozing), cream adalah lebih bagus. Ha, kalau kawasan yang besar pula contoh macam kat belakang badan? Gunalah cream kerana ia mudah disapu (easily spread). Kalau kawasan kulit berbulu pula? Seeloknya gunakan cream kerana ointment boleh menutup liang roma.
Untuk kulit yang sensitif dengan bahan pengawet, boleh gunakan ointment kerana ointment kurang mengandungi bahan pengawet. Sifatnya yang oil based menjadikan ointment tidak sesuai untuk pertumbuhan bakteria dan kulat kerana ketiadaan air. Berbanding dengan cream, perlu ada bahan pengawet untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria dan kulat.
JANGAN CAMPUR OINTMENT DAN CREAM
Yang paling penting, tak boleh campur ointment dengan cream. Contohnya: Aqueous cream (pelembap) + Elomet ointment (steroid). Tak boleh okay. Perlu guna kedua-dua yang sama jenis. Kalau nak cream, guna aqueous cream + elomet cream. Kalau nak ointment, guna emulsificant ointment + elomet ointment. Boleh kan?
Sumber: Salinda Sopian