Euforia Bola 2026
Sihat

Jaya Grocer & HYROX Malaysia Bergabung, Kini Ada Seksyen Khas Untuk Anda Mulakan Gaya Hidup Aktif!

jaya grocer

Dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif, Jaya Grocer kini memperluaskan peranannya sebagai pasar raya yang bukan sahaja menawarkan keperluan harian, malah menyediakan pilihan produk yang menyokong kecergasan dan kesejahteraan diri.

Baca juga: 16,000 Sudah Sertai Tonton Non Stop, On Top!, Peluang Terakhir Menang GAC Emkoo Kini Dibuka!

JAYA GROCER BERGANDING BAHU DENGAN HYROX MALAYSIA SEBAGAI RAKAN PASAR RAYA RASMI KEBANGSAAN

jaya grocer x HYROX Malaysia

Dari kiri: Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer; YB Tuan Mordi anak Bimol,Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Joseph Teoh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer.

Jaya Grocer mengumumkan kerjasama rasmi bersama HYROX Malaysia sebagai Rakan Pasar Raya Rasmi Kebangsaan bagi acara AirAsia HYROX Kuala Lumpur yang bakal berlangsung dari 11 hingga 13 Disember 2026 di MITEC, Kuala Lumpur.

Kerjasama ini menggabungkan aspek pemakanan berkualiti, kecergasan berprestasi tinggi dan pengalaman komuniti bagi menyokong perkembangan ekosistem kecergasan di Malaysia.

Jaya Grocer perkenal seksyen khas untuk kaki fitness

Menerusi kerjasama itu, Jaya Grocer memperkenalkan Seksyen Kecergasan & Kesejahteraan (Fitness & Wellness Section) yang menawarkan pengalaman membeli-belah lebih tersusun untuk pelanggan yang ingin memenuhi keperluan gaya hidup aktif.

Seksyen khas itu ditawarkan di tujuh cawangan terpilih Jaya Grocer dengan lebih daripada 250 SKU daripada jenama tempatan dan antarabangsa.

Antara kategori yang tersedia termasuk pemakanan sukan, minuman protein, hidrasi, makanan berfungsi, keperluan pemulihan serta produk berkaitan kesejahteraan.

Pilihan produk yang dikurasi ini memudahkan pelanggan meneroka pelbagai keperluan kecergasan dalam satu lokasi, dengan rancangan untuk memperluaskan penawaran tersebut ke lebih banyak cawangan pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng berkata, kesejahteraan diri bermula daripada pilihan yang dibuat setiap hari.

“Di Jaya Grocer, kami percaya bahawa kesejahteraan diri terbina melalui pilihan yang kita buat setiap hari. Ia bukan sekadar mengenai kekal aktif, tetapi juga mendapatkan akses kepada pilihan makanan berkualiti yang melengkapi pelbagai gaya hidup.

“Melalui kerjasama bersama HYROX Malaysia, kami berharap dapat menggabungkan aspek pemakanan, kecergasan dan pengalaman komuniti yang dapat menggalakkan rakyat Malaysia meneroka gaya hidup aktif mengikut cara mereka sendiri,” katanya.

jaya grocer

Dari kiri: Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer; Irfan Rizzqin; Ong Ai Leng; Esther Joy; Marc Le; YB Tuan Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Mohd Saddam Mohd Pittli; Jo.

Sokong keperluan pemakanan harian pelanggan

Selain produk berkaitan kecergasan, Jaya Grocer terus menyediakan pilihan bahan makanan segar, sumber protein berkualiti dan ramuan harian bagi membantu pelanggan menyediakan hidangan seimbang.

Antara penawaran baharu ialah Lean Minced Beef (10% Fat) yang memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dalam menyediakan menu berasaskan protein.

Menurut Jaya Grocer, pemilihan produk dalam Seksyen Kecergasan & Kesejahteraan dibuat bagi memenuhi pelbagai keperluan individu, sama ada mereka yang baru memulakan perjalanan kecergasan atau sudah mengamalkan rutin aktif.

HYROX Malaysia buka peluang rakyat cabar diri

HYROX yang diperkenalkan pada tahun 2017 kini berkembang sebagai acara kecergasan global yang berlangsung di lebih 35 pasaran dan 95 bandar seluruh dunia.

Acara ini terkenal dengan format perlumbaan yang inklusif kerana terbuka kepada individu daripada pelbagai tahap kecergasan untuk mencabar kemampuan diri.

Pengarah Urusan HYROX APAC, Gary Wan berkata kerjasama bersama Jaya Grocer mencerminkan komitmen bersama dalam membangunkan komuniti yang lebih aktif dan sihat.

“HYROX direka sebagai sukan untuk semua, tanpa mengira tahap kecergasan seseorang.

“Kerjasama Jaya Grocer mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong perkembangan kecergasan, kesejahteraan diri dan komuniti yang lebih kukuh, di samping menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk bergerak aktif, mencabar diri dan menjalani kehidupan yang lebih sihat serta aktif,” katanya.

jaya grocer

Dari kiri: Dr Sandy Low, Pengurus Besar Produk Jenama Sendiri (Private Label), Jaya Grocer; Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer; YB Tuan Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Joseph Teoh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer.

POWER UP CHALLENGE BERI PELUANG CUBA AKTIVITI HYROX

Bagi mendekatkan pengalaman HYROX kepada komuniti, Jaya Grocer akan memperkenalkan Power Up Challenge menerusi siri jelajah di tiga cawangan terpilih iaitu Eco Ardence, One Utama dan KLGCC.

Cabaran berinspirasikan HYROX itu memberi peluang kepada orang ramai mencuba elemen kecergasan fungsian dalam suasana santai dan mudah disertai.

Peserta berpeluang memenangi tiket penyertaan AirAsia HYROX Kuala Lumpur sebagai hadiah utama, selain ganjaran lain seperti Kad Hadiah Jaya Grocer dan Beg Goodie Jaya Grocer.

Majlis pelancaran kerjasama itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi anak Bimol bersama Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer serta Joseph Teoh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer.

Dengan menghubungkan pengalaman membeli-belah fizikal dan platform digital, Jaya Grocer terus memperluaskan akses pelanggan kepada pilihan produk kesejahteraan yang menyokong keperluan gaya hidup moden.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×