Euforia Bola 2026
Sihat

The Vocket Lancar ‘Sihat Itu Seksi’, Tawar Hadiah Wang Tunai Untuk Cabaran Sihat 30 Hari!

sihat itu seksi

Ramai hanya mula ambil berat tentang kesihatan apabila badan mula bagi signal. Namun menerusi kempen ‘Sihat Itu Seksi’, The Vocket mahu mengajak orang ramai melihat penjagaan kesihatan sebagai sesuatu yang patut dimulakan lebih awal.

Portal gaya hidup digital itu melancarkan kempen kesihatan dan kesejahteraan tersebut bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026.

Baca juga: Media Prima Jadi Rakan Media Rasmi, Bintang Dunia Turun Beraksi Di Kejohanan PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026

THE VOCKET LANCAR KEMPEN SIHAT ITU SEKSI, MAHU UBAH PERSEPSI KESIHATAN

sihat itu seksi

Kempen yang berlangsung dari September hingga Oktober 2026 itu bertujuan mengubah persepsi masyarakat terhadap gaya hidup sihat, selain menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan diri.

Usaha ini hadir ketika kesedaran terhadap kesihatan semakin penting apabila data Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional (NHSI) anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2025 menunjukkan seramai 254,000 daripada lebih 1.2 juta orang dewasa yang menjalani saringan dikesan mengalami masalah obesiti.

Menerusi kempen ini, The Vocket mahu mengetengahkan idea bahawa menjalani gaya hidup sihat tidak semestinya bermaksud perlu mengamalkan diet ketat atau melakukan senaman berintensiti tinggi setiap hari.

Sebaliknya, perubahan boleh dimulakan dengan langkah yang lebih mudah dan realistik seperti memperbaiki pemakanan, meningkatkan aktiviti fizikal serta membina rutin harian yang lebih sihat.

30 hari untuk jadi lebih sihat 

Pendekatan itu turut diterapkan menerusi Cabaran Sihat Dalam 30 Hari, yang akan disertai lima ahli pasukan The Vocket sendiri.

Setiap peserta akan menggunakan pendekatan berbeza berdasarkan keadaan dan sasaran kesihatan masing-masing. Ini sekaligus menunjukkan bahawa perjalanan untuk menjadi lebih sihat tidak semestinya mempunyai satu formula yang sama untuk semua orang.

Lebih menarik, lima orang pembaca turut diberi peluang untuk menyertai cabaran tersebut. Pemenang utama bakal menerima wang tunai RM500 selain hadiah daripada rakan usaha sama kempen.

Sepanjang cabaran, peserta akan mendapat bimbingan daripada seorang jurulatih peribadi berpengalaman dalam membantu individu mencapai sasaran kecergasan dan pengurusan berat badan.

Selain itu, jurulatih berkenaan turut berkongsi tip berkaitan pemakanan, kecergasan dan senaman mudah yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Baca juga: 16,000 Sudah Sertai Tonton Non Stop, On Top!, Peluang Terakhir Menang GAC Emkoo Kini Dibuka!

Fokus kempen bukan sekadar nombor atas penimbang 

Walaupun penurunan berat badan menjadi antara kisah yang bakal diketengahkan, kempen ‘Sihat Itu Seksi’ tidak hanya melihat kejayaan berdasarkan angka pada penimbang.

The Vocket akan berkongsi pelbagai kisah transformasi sebenar, tip kesihatan dan panduan gaya hidup sihat sepanjang tempoh kempen.

Antara perubahan yang diketengahkan termasuk usaha menurunkan berat badan melalui perubahan pemakanan, meningkatkan aktiviti harian seperti berjalan pantas dan membina rutin yang lebih konsisten.

Dalam masa sama, aspek kecergasan, pemakanan, keyakinan diri serta kesejahteraan mental turut diberi perhatian.

Pendekatan ini membawa mesej bahawa menjadi lebih sihat bukan semata-mata tentang mendapatkan bentuk badan tertentu, tetapi juga membina hubungan yang lebih baik dengan kesihatan diri.

“Kalau kami boleh buat, anda juga boleh buat”

Menurut Azam Anwar, Pengarah Kempen Sihat Itu Seksi, penglibatan pasukan The Vocket dalam cabaran tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjadikan kempen ini lebih dekat dengan masyarakat.

“Semoga dengan adanya kempen ini, literasi tentang kesihatan akan meningkat dalam masyarakat kita. Disebabkan itu, pasukan The Vocket sendiri turut serta dalam Cabaran Sihat Dalam 30 Hari ini kerana kami mahu tunjuk bahawa jika kami boleh buat, anda juga boleh buat,” katanya.

Beliau berkata, perubahan gaya hidup tidak semestinya perlu bermula dengan sesuatu yang besar.

Langkah kecil yang dilakukan secara konsisten juga boleh menjadi permulaan kepada perubahan fizikal dan mental yang lebih bermakna dalam jangka panjang.

Menerusi kempen ini, The Vocket berharap lebih ramai rakyat Malaysia melihat penjagaan kesihatan sebagai satu bentuk pelaburan terhadap diri sendiri, bukannya sekadar trend atau cabaran sementara.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan kempen serta mendapatkan pelbagai perkongsian berkaitan gaya hidup sihat menerusi The Vocket dan tanda pagar #SihatItuSeksi di platform media sosial The Vocket (TikTok / Facebook / YouTube / Threads)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×