40 Minggu

“Jangan Terlalu Gagah Drive”- Ibu Ini Kongsi Pengalaman Kandungan Kecil Ketika Pertama Kali Hamil

7.2K
SHARES

Orang cakap bila mengandung ni akan dilayan seperti permaisuri, betul ke? Namun, untuk situasi zaman sekarang ramai ibu mengandung yang masih bekerja untuk mencari rezeki. Mungkin pengalaman agak berbeza bagi sesetengah ibu yang pertama kali mengandung namun berdasarkan perkongsian ibu ini,beliau mengalami pengalaman yang berbeza ketika mengandungkan anak pertama kerana terlampau aktif! Bahaya sangat ke?

Pengajaran untuk mak-mak mengandung, especially first time pregnant.

1. Jangan terlalu gagah drive. Tak kira manual atau auto.

2. Jangan rajin sangat kemas rumah kalau tak larat . Biarkan je rumah macam tongkang pecah.

3. Tak payah masak. Suruh je laki hang masak dan tapau.

4. Bakal-bakal bapak jangan sedap-sedap je rasa bini kau tu strong . Walaupun dulu bini kau budak sukan.

www.npr.org

PENGALAMAN YANG CUKUP TERKESAN…

Pengalaman yang cukup terkesan. Satu masa dulu boleh kata akak agak aktif. Lepas kahwin pernah gugur sekali sebab berlari turun tangga tingkat 4. Gagah kan! Padan muka. Lepas 6 bulan, alhamdulillah. Pregnant lagi. Excited. Turun tangga naik tangga slow. Haruuuu . Setengah jam kalau nak turun @naik.

Time ni part time study pjj kat UTHM. Gagah jugak! Hujung minggu drive ulang alik pergi kelas Kulai -Batu Pahat. Drive sendiri hokeyyy. Masa ni pregnent dalam 11 weeks. Hakak rasa hakak gagah. Tapi tak . Hakak bleeding masa kat kelas. Suami nak tak nak kena la datang amik bini dia kannn.

www.videoblocks.com

Esoknye hakak warded. Jalan dah bukak. Hakak punya sedih meratap nasib bila doc cakap miscarriage. Esoknya cek jalan dah tutup. Time tu punye la gumbira. Hakak kemudiannya jalani hidup sebagai preggy mummy dengan gumbira . Ooo ye . Hakak pospone sem sebab tak nak drive jauh . Taubat. 29 weeks kandungan, hakak heksaited nak tau baby laki ke pmpuan. Konon nak suprise. Tapi hakak tak boleh tahan. Mula la episod-episod pelik. Mungkin kesan dari bleeding di awal kandungan.

BILA SCAN BAYI KECIL!

Bila scan, baby kecil! Doc pelik., betul ke 29 weeks? Tapi hakak memang confirm. Refer klinik kesihatan yang buat checkup . Follow up seminggu, baby memang kecik dari usia. Terus kene tolak pegi HSA, JB. Ingat refer mcm tu je . Sekali hakak kena tahan wad terus. Uri tak lekat betul kat dinding rahim dan dua minggu hakak berhuhu dalam wad dengan uniform pink . Jiran sebelah katil dah bertukar lebih dari 20 orang . Hakak kental.

www.facebook.com/fizahsobri

32 weeks bila scan aliran darah terbalik . Terus emergncy czer. Pada 17 June 2017, baby boy, 800g, 2.40 pm. Anak hakak besar tapak tangan. Hakak macam berkira -kira . Boleh ke si kecik ni survive? Lama hakak kumpul kekuatan, smpai hakak jumpa 1 group yang sangat mmbantu. Baby Premature Malaysia – NICU, tahniah dan terima kasih pada group admin & ahli. Hakak tak pernah post apa-apa pasal anak hakak. Bukan sebab hakak nak mengelak . Tapi kalau hakak post, orang cuma akan cakap ‘kesiannya ‘ ‘Sabar ye ‘ ‘Banyak bersabar ‘ Huhhhh! Seriously . Hakak lagi rasa down. Luu baru kumpul kekuatan , tapi orang cakap kesian kesian kesian. Agak-agak apa yang lu rasa? Anoyying dowhhhh! Mahap la ye kalau ada yang terasa.

7 BULAN DALAM WAD

www.facebook.com/fizahsobri

Berbalik pada anak. Boy, 800g, 32w 2d, 17-6-2017, Adam Muhammad Hadi bin Mohamad Hanis

Nicu 51 days. 2 bulan scan A3. Naik semula NICU seminggu sebab rsv virus. Turun scan sebulan, berat drop .dan taransfer scan a3 . Smpai genap umur 7 bulan, discharged. Wehooooo . 7 bulan derrr duk wad. Maksudnya 7 bulan anak tak balik rumah langsung. Dan akhirnyaaa, he’s back walaupun dengan oxygen 2 minggu kat rumah . Banyak perubahan positive . Harap-harap checkup lagi sekali boleh off oxygen. Insyaallah. Amin. Last but not least. Jagalah kandungan anda . Peace yo!

Sumber: Fizah Sobri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×