Famili

Berjam-Jam Di Dalam Tandas, Ibubapa Perlu Tahu 5 Sebab Kenapa Anak Selalu Sembelit

63
SHARES

“Ibu, adik sakit perut la tapi susah pulak nak buang air besar ni, sakit”

http://lethow.com/

Sembelit dalam kalangan kanak-kanak boleh dikatakan menjadi kebiasaan. Namun, ibubapa pula jangan mengambil remeh tentang perkara ini dan menganggap tiada apa akan berlaku. Untuk pengetahuan anda, kadang-kadang sembelit ini akan menjadikan pembuangan najis yang berdarah dalam kalangan anak-anak. Bahaya tau kalau asyik buang najis berdarah saja kerana dikhuatiri bahagian dubur terluka.

SEMBELIT dan KEBURUKANNYA

Hai semua. Nowadays Mommies akan trauma kan bila tengok anak sembelit. Phewwww. Mau tak trauma. Anak membuang sambil meneran dan nangis teresak-esak. Hibanya hati mommy kan? Kalau boleh nak sakit tu pindah kat kita.

Tahu tak, sembelit tu berpunca dari apa?

www.rd.com

1) Terlalu banyak atau kerap consume karbohidrat contohnya NASI, GANDUM, KENTANG, etc

2) Kurang minum air

3) Kurang atau tiada pengambilan serat dalam diet harian contohnya sayur hijau

4) Susu formula

5) Perut kembung A.K.A angin

http://www.parents.com/

Nampak macam simple je punca sembelit ni kan? Tapi dia punya kesan sangat menakutkan! Jom tengok pulak apa kesan buruk jika sembelit berpanjangan.

KESAN BURUK SEMBELIT BERPANJANGAN

a) Pendarahan dan dubur luka

b-inspiredmama.com

– Ni pernah jadi pada Ain. Allah, masa tu asbab sembelit intro makan labu. kembung perut sampai sembelit dia. Mak is so sedih and risau tau sebab dubur berdarah. Menangis je Ain masa tu. Sampai sekarang mak trauma sikit nak bagi labu kat Ain. Tapi pumpkin powder elok plak dia. Alhamdulillah. Tak sembelit langsung!

b) Jangkitan di pundi kencing

www.homeveda.com

– Najis yang keras akan menekan saluran kencing dan akan menyebabkan gangguang pada pengeluaran air kencing. Ain masa sembelit teruk dulu memang kesian sangat, jarang sangat dia kencing. Rupanya sebab sembelit tu jugak.

c) Penyakit saraf

http://www.momjunction.com/

– Tanda tanda anak ada penyakit saraf atau masalah tulang belakang adalah apabila kerap sembelit. Segera berjumpa pakar ye mommies!

Seram kan sembelit ni? Nasihat Ira, pantau keadaan najis anak kita ye supaya kita dapat ambik tindakan segera untuk mengatasi perkara yang lebih teruk. Sebelum terlupa, ada jugak anak yang sembelit disebabkan keadaan usus yang bermasalah contohnya usus berbelit. Makan semua jaga tau, air cukup semua okay. Tapi kerap sembelit. Bila jumpa pakar, rupanya disahkan usus anak berbelit dan memerlukan pembedahan. Untuk kes macam tu memang tak boleh nak buat apa, memang Allah bagi ujian untuk tengok ketabahan kita. Kan?

Sumber: Noryussyairah binti Yusof

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×