Sihat

Jangan Ambil Mudah Tumbesaran Anak! Cuba Kuiz Ini Bagi Mengesan Masalah Kekurangan Nutrisi   

1.3K
SHARES

Tahukah anda 1 daripada 5 orang kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah bantut? Malah ianya dikesan lebih serius dalam kalangan kanak-kanak di pantai timur dengan anggaran 1 daripada 3 orang kanak-kanak di sana menghadapi masalah tumbesaran.

Sekiranya masalah bantut tidak ditangani dari awal dikhuatiri ia mampu mempengaruhi perkembangan otak anak-anak. Lebih parah lagi, ia juga berpotensi untuk berlarutan bagi jangka masa panjang dan diwarisi generasi akan datang.   

Jawab Kuiz Ringkas Dugro Untuk Mengetahui Sama Ada Si Manja Mengalami Masalah Kekurangan Nutrisi

Bagi membendung permasalahan ini, Dugro tampil dengan saringan ringkas untuk membantu ibu bapa mengesan masalah kekurangan nutrisi di peringkat awal yang mana merupakan salah satu punca utama terjadinya bantut.

Kuiz ringkas ini terdiri daripada 4 soalan mudah dan tidak memerlukan sebarang ukuran ketinggian mahupun kiraan timbangan berat badan si kecil.

Klik di sini untuk akses ke Kuiz Tumbesaran Dugro.

DUGRO® SURE & DUGRO® COMPLETE MENGANDUNGI NUTRISI UNTUK TUMBESARAN OPTIMUM!

Menurut laporan CodeBlue, kadar bantut dalam kalangan kanak-kanak di kawasan bandar dan pedalaman adalah lebih kurang sama dengan anggaran 19 peratus dan juga 23 peratus. Peratus ini akan terus meningkat jika tiada langkah pencegahan dijalankan.

Oleh itu, ibu bapa perlulah lebih serius dalam memastikan anak-anak menerima nutrisi harian yang secukupnya  untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan Si Manja! Kami sarankan pengambilan susu Dugro® Sure ataupun Dugro® Complete yang dirumus dengan pelbagai nutrisi bermanfaat untuk tumbesaran fizikal optimum.

Dugro® Sure dilengkapi dengan nutrien tumbesaran tinggi seperti Protein, Kalsium, Vitamin D serta Zink. Malah ia diperkaya dengan serat dan DHA bagi menyokong tumbesaran fizikal.

Dugro® Sure mempunyai dua varian rasa iaitu asli dan juga madu. Sesuaian untuk si kecil yang berusia sekitar 1 sehingga 6 tahun.

Sementara Dugro® Complete pula diformulasi dengan kalori setinggi 1kcal/1ml, bertujuan untuk membantu si kecil yang memerlukan manfaat ‘Catch-Up Growth’Antara nutrien tumbesaran lain yang terkandung dalam Dugro® Complete adalah Protein, Kalsium, Vitamin D dan Zink.

Dugro® Complete turut mengandungi asid lemak yang baik untuk tubuh si kecil. Ia juga dilengkapi prebiotik IcFOS serta Inulin untuk persekitaran usus yang baik. Produk ini boleh diambil oleh kanak-kanak yang berumur 1 tahun dan ke atas.

Kedua-dua Dugro® Sure dan Dugro® Complete dirumus tanpa sebarang sukrosa bagi mengurangkan risiko kerosakan gigi. Jadi, ibu bapa tak perlu risau kerana produk ini diformulasikan sehabis baik untuk kesihatan anak-anak anda!

Jom dapatkan Dugro® Sure & Dugro® Complete sekarang juga!

Rangkaian produk Dugro® boleh didapati di mana-mana pasaraya berhampiran anda. Tapi, musim-musim PKP macam sekarang kami pasti ramai yang tak selesa nak keluar rumah kan? Jangan risau, anda boleh membuat pembelian secara atas talian sahaja melalui Lazada.

Jika memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai produk Dugro® Sure dan Dugro® Complete, anda boleh klik sahaja di sini ataupun layari laman Facebook rasmi mereka di sini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×