Asuh

Jaminan Anak Solehah, Ini 6 Perkara Yang Mak Ayah Perlu Jauhkan Dari Anak Perempuan

2
SHARES

Anak merupakan anugerah yang terindah untuk ibu bapa sekaligus cabaran terbesar buat semua ibu bapa untuk membesarkan anak-anak agar menjadi seorang manusia yang berguna pada masa hadapan. Untuk membentuk anak yang baik, ibu bapa perlu bersedia daripada semua aspek. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Keutamaan diberikan dalam membesarkan anak perempuan kerana lebih banyak cabarannya untuk mereka menjaga kehormatan diri. Perkara tersebut akan menjadi kerisauan buat semua ibu bapa apabila anak perempuan mereka semakin membesar.

Baca juga: Mak Ayah Dipuji Ajar Anak Buat Kerja Rumah Dari Kecil, Usia 7 Tahun Dah Pandai Gosok Baju Sekolah Sendiri!

JAUHILAH 6 PERKARA INI DARIPADA ANAK PEREMPUAN

Apakah bekal yang terbaik untuk seorang anak perempuan agar mereka beroleh kebahagiaan, pandai bawa diri, menyejukkan hati dan menjadi bakal isteri yang dicari-cari? Perkara yang paling penting dalam hidup seorang anak perempuan ialah persekitaran yang baik, selamat, mawaddah dan penuh dengan mahabbah.

Pesan Nabi SAW :

عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إياكم وخضراء الدمن » ، فقيل : يا رسول الله ، وما خضراء الدمن ؟ قال : « المرأة الحسناء في المنبت السوء »

Dari Abu Sa’id al Khudry radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jauhilah khadhraaad diman.

Mereka berkata, “Apakah khadhraaad diman wahai Rasulullah?” Baginda bersabda, “Wanita cantik yang tumbuh dalam lingkungan buruk.”

Dalam hadith ini Rasulullah SAW menyatakan pentingnya background family seorang perempuan. Anak yang didik dengan kasar, bebas, persekitaran yang tidak sihat sangat memberi pengaruh kepada pembentukan karekter dan sifatnya. Ingat baik-baik pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal).

JAUHI ANAK PEREMPUAN DARI 6 SIFAT INI:

1. Al-Annanah : Suka mengeluh dan malas.

Anak perempuan yang dimanjakan, banyak mengeluh dan suka mengadu. Buat-buat sakit, penat dan rasa terbeban dengan tugasan hariannya. Berpura-pura sakit kerana malas, banyak tidur dan menghabiskan masanya dengan hiburan semata-mata. Bekalkan anak-anak dengan ilmu agama, ilmu keduniaan, ilmu kehidupan, skill penting seperti masak, kemas rumah, menjaga kebersihan diri dan keluarga. Ajari mereka cara hidup yang susah dan berdikari. Hadiahkan mereka dengan kata-kata semangat dan pujian bukan dalam bentuk meterial semata-mata.
Sentiasalah berdoa, sedekahkah al-Fatihah untuk roh mereka setiap malam dan ajari mereka lazimi surah al-Qadr untuk selamat dari maksiat.

2. Al-Mananah: Suka mengungkit-ngungkit.

Setiap kebaikan yang dilakukan lalu disusuli dengan sikap mengungkit-ngungkit, akan menghilangkan pahala kebaikan. Ajar anak untuk jadi seorang yang ikhlas dan redha dengan setiap usaha yang dilakukan.
Terapkan nilai afektif, nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia melatih anak-anak melakukan rutin harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak rasa terbeban. Disiplinkan mereka dengan jadual kehidupan yang teratur dari awal, jika sudah terlambat anak-anak akan mengatur kehidupannya dengan cara yang salah.

3. Al-Hananah : Merindui orang yang tidak sepatutnya.

Bahaya jika anak perempuan mula menaruh minat dan merindui seorang lelaki yang bukan pasangannya. Ia sedang menghampiri fitnah dan kerosakan. Rasa cinta, rindu dan suka itu tidak salah tapi mesti berada pada landasan yang betul. Penting ibu ayah terapkan rasa malu pada anak-anak perempuan agar peribadi dan akhlaknya sentiasa terjaga.

4. Al-Haddaqah : Boros dan suka berbelanja.

Habit ini boleh mengundang kecenderungan lain yang lebih bahaya. Jika tidak dapat penuhi keinginannya kerana tidak mampu dan keluarga tidak berduit mungkin anak ini akan sanggup berhutang, mencuri dan meminta-minta.
Ajari anak cara berjimat cermat, membeli apa yang perlu dan tidak mengikut nafsu. Menjadi bebanan yang sangat berat pada ibu ayah dan juga suaminya jika sifat boros ini tidak dikawal dengan baik.

5. Al-Barraqah : Imam Al-Ghazali mentafsirkan perkataan ini dengan dua makna

a) Melampau dalam berhias semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai. Perbuatan ini mempunyai unsur maksiat dan mendatangkan dosa. Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Didik anak dengan sifat wasatiyyah iaitu bersederhana dari segala sudut. Sederhana ketika berhias dan berpakaian adalah lambang keindahan peribadi.

b) Bersifat selfish, pentingkan diri. Perumpamaan yang diberikan ialah menyembunyikan makanan yang sedap untuk dirinya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarga atau suaminya.

6. Al-Syaddaqah : Banyak bercakap perkara yang sia-sia.

Lidah punca ke Neraka, juga punca ke syurga. Latih anak-anak menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar. Ibu ayah yang suka bergaduh depan anak-anak akan mempengaruhi perwatakan dan pemikiran anak.

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×