Dapur

Jamin Bersih, Ini Resipi Sardin Homemade Hanya Guna Pressure Cooker Sahaja

Baru-baru ini kecoh mengenai kes sardin tin yang mengandungi cacing. Kes ini menjadikan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang berhenti untuk membeli sardin dalam tin dan mengurangkan pengambilannya. Jadi, salah satu solusi yang boleh dilakukan adalah dengan membuat sardin secara homemade pengguna pressure cooker di rumah sahaja. Mudah dan lebih berkhasiat, jom kita cuba resipi ini.

BAHAN-BAHAN

Ikan selayang

Bawang besar

Tomato

Cili merah

CARA-CARANYA

1. Ikan selayang, ada orang panggil ikan sardin. Cuci bersih, potong kepala, ekor dan sirip dia.

2. Bawang besar patutnya. Tapi hakak cuma ada bawang kecik, bantai je lah. Asal namanya bawang. Bawang putih bubuh sikit bagi naik bau.

3. Tomato merah dan cili merah. Sukatan semua benda ko jangan tanya banyak mana. Sikit ke banyak takder sapa nak marah. Klu ada anak kecik nak makan takpayah bubuh cili.

4. Cuci bersih.

5. Blend kesemuanya bahan tadi, bawang, cili, dan tomato.

6. Masukkan sedikit minyak masak. Sukati ko nak minyak berlenang ka minyak sikit no problem. Bukan masalah hakak.

7. Masukkan ikan, minyak dan garam.

8. Tekan High Pressure 60 minit, nnt dah masak tambah lagi 30-60 minit. Hakak suka tambah 60 minit lagi bagi ikan tu lembut gila2 takdak rasa tulang, mudah nak makan dan sedap.

9. Dah masak pun. Baunya walahhhhh.. Buh dalam bekas, frozenkan untuk kegunaan hari-hari mendatang. Nak panaskan balik makan begitu sj pun dah cukup sedap, kalau nak olah semula letak suun la kunyit hidup ka cabei melaka ka lagi sodappp. Nak buat sandwich pun boleh. 100% real food gittuw. SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Haf Mansor

Yang Popular

To Top