Famili

Jaguh Kartun Perkenal Animasi Islamik Tempatan Baharu ‘Little Ammar’ & ‘Mina Mila’ Di TV9!

109
SHARES

Animasi tempatan kini semakin mendapat perhatian ramai bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak tempatan malahan juga di luar negara. Bermula Februari ini, TV9 telah memanjangkan masa bagi slot kanak-kanak iaitu Jaguh Kartun dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 malam. Bestnya!

Pendekatan ini bersesuaian dengan TV9 yang sangat sinonim sebagai destinasi kartun-kartun terbaik sejak dulu lagi, antaranya, CatDog, Wonderpets, Spongebob Squarepants dan Upin Ipin. Tapi, lagi menarik bila diperkenalkan dua lagi animasi kartun islamik iaitu Little Ammar dan Mina Mila!

Baca juga: Rupanya Ada Realiti Gelap Anak Ketagih Tengok Cocomelon, Pakar Dedah Ibarat Kokain

LITTLE AMMAR & MINA MILA ANIMASI ISLAMIK TEMPATAN BAHARU!

Pelbagai animasi tempatan berkualiti telah disusun khusus buat penonton cilik seperti Knowsy Nina (Isnin dan Selasa, 5.00 petang), Supertots (Rabu dan Khamis, 5.00 petang), Supersquad (Jumaat hingga Ahad, 5.00 petang), Cingkus Blues (Isnin hingga Khamis, 5.30 petang), Soccer Bugs (Jumaat hingga Ahad, 5.00 petang), Boboiboy (Setiap Hari, 6.00 petang), Ejen Ali (Setiap Hari, 6.30 petang). Terbaharu Little Ammar setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 6.30 petang dan bakal menyusul tidak lama lagi, Mina Mila mulai 28 Mac ini setiap hari Isnin dan Selasa, 6:30 petang.

Buat pengetahuan korang, Little Ammar telah mula disiarkan pada 2 Februari lalu dan akan terus menghiburkan korang semua pada Setiap Rabu dan Khamis, pukul 6.30 petang, selama 3 minit. Little Ammar menampilkan seorang kanak-kanak lelaki comel bersama arnab kesayangannya, Rapbit. Little Ammar akan berkongsi dengan penonton ciliknya lagu kanak-kanak, zikir dan video pembelajaran yang mudah difahami.

Manakala, Mina Mila pula bakal disiarkan setiap Isnin dan Selasa, jam 6:30 petang, selama 7 minit bermula 28 Mac ini. Mina dan Mila merupakan kakak kembar seiras kepada Ammar dan mempunyai personaliti yang berbeza. Animasi ini menyasarkan penonton berusia antara lima hingga sembilan tahun dan keletah seharian mereka cukup melucukan dan pastinya membuat penonton terhibur.

ANIMASI MENARIK, GUNA WARNA YANG CERIA

Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Sherina Nordin, kedua-dua animasi ini menyasarkan kanak-kanak berusia seawal setahun hingga sembilan tahun. Kolaborasi antara TV9 dan Durioo dilihat tepat pada waktunya kerana kanak-kanak masa kini lebih cenderung untuk menonton televisyen di rumah ketika situasi epidemik yang melanda negara.

“Animasi ini sungguh menarik kerana menggunakan warna-warna ceria yang dapat menarik minat kanak-kanak, di samping melodi yang mudah merangsang minda mereka serta mesej keagamaan yang mudah dipelajari. Tidak dinafikan kanak-kanak kini lebih cepat mempelajari sesuatu menerusi televisyen dan dua animasi ini iaitu Little Ammar dan Mina Mila sememangnya sesuai untuk tontonan seisi keluarga.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Durioo, Sinan Ismail berkata pihaknya sangat bersyukur dan gembira kerana Little Ammar dan Mina Mila disiarkan di TV9. Sebagai seorang pengkarya, memang menjadi satu kepuasan bila hasil usaha mereka berjaya keluar di kaca televisyen. Paling penting, Little Ammar dan Mina Mila dapat berjumpa, menghiburkan dan memberi nilai pengajaran Islam kepada anak-anak di Malaysia. Semoga mesej yang hendak disampaikan dalam dua animasi ini dapat memberi impak yang positif kepada penonton TV9 dan sekaligus menghasilkan generasi yang mempunyai asas Islam yang kuat.

Oleh itu, apa tunggu lagi! Jangan biarkan anak korang ketinggalan untuk menonton animasi menarik Little Ammar pada Setiap Rabu dan Khamis, jam 6.30 petang manakala Mina Mila, mulai 28 Mac nanti, Setiap Isnin dan Selasa, jam 6:30 petang. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, korang boleh layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×