Advertorial

Farah Nabilah Ikut Aiman Hakim Beraya Di Kampungnya. Ada Apa-Apa Ke Dengan Mereka Ni?

1K
SHARES

Beraya bersama? Mesti korang tertanya-tanya apa sebenarnya hubungan Farah Nabilah dan Aiman Hakim Ridza ni kan? Sedang dilamun cinta ke, sekadar berkawan ataupun bakal menamatkan zaman bujang mereka?

Haa…nanti dulu, jangan buat spekulasi bukan-bukan. Mereka berdua sebenarnya bukanlah pasangan kekasih, tetapi akan bergandingan dalam sebuah drama bersiri Samsung bertajuk, Amira Rose yang akan ditayangkan di TV3, raya ni!

Anda tak pernah tengok lagi Aiman Hakim dan Farah Nabilah berlakon bersama kan? Kali ni, anda mesti kena tengok drama ni, sebab mereka berdua memang ada chemistry. Jalan cerita drama ni pun menarik, lucu dan penuh dengan unsur kekeluargaan. Jom kami ceritakan lagi!

PATAH HATI DENGAN KEKASIH, LALU MEMBAWA DIRI, TIBA-TIBA JATUH CINTA LAH PULAK!

Drama ni mengisahkan tentang sepasang kekasih, Rahman dan Amira Rose yang bergaduh selepas Amira dapat tahu Rahman telah meletak jawatan dan akan menyertai pesaing mereka.

Kerana patah hati, Amira membawa diri ke kampung rakan sekerjanya, Mun dan berniat untuk meraikan Hari Raya di sana. Disana, dia bertemu dengan sepupu Mun, Amir yang memang handsome dan cinta mula berputik antara mereka.

Haa..belum habis lagi tau. Konflik muka tercetus apabila Rahman, mula risau Amira akan meninggalkannya dan bergegas ke kampung Mun untuk memenangi semula hati dan kepercayaan Amira.

Memang banyak sangat konflik dan perkara lucu yang terjadi sepanjang drama ni, sebab tu anda kena tengok raya ni!

SYARIFAH SAKINAH DAN ISMAIL IZZANI PUN ADA!

Memang macam-macam aksi yang terjadi sepanjang mereka di kampung Mun. Ada sakit hati, sedih, kelakar, dan juga suspense! Mana taknya, drama ini turut dibintangi oleh Syarifah Sakinah, Amyza Aznan dan Daler Yusof. Memang pecah perut lah dengan telatah mereka.

Oh ya, dengar cerita, Ismail Izzani pun ada tau. Siap buat dance performance lagi! Tengok kat bawah ni..

NANTIKAN EPISOD ISTIMEWA AMIRA ROSE, RAYA INI!

Anda rasa, apa kesudahan drama ni? Adakah Amira akan memilih Amir atau memaafkan dan menyambung kembali percintaannya dengan Rahman?

Kalau nak tahu, jangan lupa saksikan sneak peak drama Amira Rose, dalam episode istimewa raya yang akan ditayangkan di TV3 pada 17 Jun (Ahad), pada pukul 11.15 pagi ni. Episode istimewa sempena raya ini juga akan ditayangkan pada:

17 Jun (Ahad), 3 petang di NTV7
22 Jun (Jumaat), 9 – 9.45 malam di TV9

Lepas dah tengok preview nanti, mesti anda nak tengok drama penuh dan tak sabar nak tahu apa kisah yang akan jadi seterusnya kan? Make sure korang tunggu dan jangan ketinggalan untuk tengok semua episode ok!

Amira Rose akan mula ditayangkan setiap Isnin dan Selasa pada pukul 9.50 malam di TV3.

Episode 1 – 25 Jun
Episode 2 – 26 Jun
Episode 3 – 2 Julai
Episode 4 – 3 Julai
Episode 5 – 9 Julai
Episode 6 – 10 Julai

Nah, kami belanja anda sedikit teaser dari drama Amira Rose. Jangan lupa tonton di Hari Raya ni, guys! Confirm korang terhibur dengan telatah sweet Amira dan Amir ni. Tak sabar!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×