Teknologi

Beg Ini Boleh Jadi Katil Bayi & Tempat Salin Lampin Masa Travel. Senang Hidup!

30
SHARES

Pernah tak terfikir betapa susahnya nak tidurkan bayi dan mencari tempat salin lampin masa travel?

Sekarang tak ada masalah lagi. Percaya tak, beg luggage La Multi ini membolehkan anda menguruskan bayi dengan lebih mudah sebab ia didatangkan dengan 6 fungsi!

Tercetusnya Idea La Multi, Inovasi Beg 6-dalam-1 Untuk Bayi

Semuanya bermula apabila Alexis Grignon, menjadi seorang ayah. Sewaktu kali pertama merancang percutian bersama bayi mereka, pasangan tersebut seolah tidak percaya betapa lecehnya mencari dan membawa kesemua barang yang diperlukan untuk si kecil.

Setelah pulang dari percutian tersebut, Alexis berazam untuk merealisasikan sebuah produk yang membolehkan ibu bapa travel dengan lebih mudah bersama bayi. Dengan latarbelakang sebagai seorang jurutera, beliau menggunakan segala kemahiran dan pengetahuan untuk memajukan idea tersebut. Malah, beberapa bulan kemudian beliau berhenti kerja kerana mahu fokus untuk menghasilkan produk 6-dalam-1, La Multi oleh syarikat startup Canailles Dream (cara sebutan: Can I Dream).

Foto Kredit: momstart.com

6 Fungsi La Multi

6 fungsi yang dimaksudkan adalah:

  • beg menyimpan barang
  • tempat salin lampin
  • tempat makan bayi / feeding chair
  • tempat tidur bayi berayun / baby rocker
  • katil bayi / bassinet
  • bath tub bayi

Lihat bagaimana beg ini berfungsi dalam video di bawah:

Bagi yang kerap travel dan membuat perjalanan jauh bersama bayi, pastinya produk ini dapat memudahkan lagi urusan anda. Tak perlu fikir nak cari restoran khas yang ada kerusi bayi, tak perlu nak cari tempat salin lampin, nak mandikan bayi di mana-mana hotel pun lebih mudah. Bayi tentu akan berasa lebih selesa dan dapat tidur lena dengan adanya rekaan yang praktikal ini.

Anugerah

Dengan idea yang bernas, aplikasi teknologi yang canggih, dan piawaian keselamatan yang lengkap, La Multi telah berjaya memenangi beberapa buah anugerah sejak ia dicipta.

Antara yang terbaru adalah Councours Lepine International Paris 2017 yang dimenangi pada bulan Mei 2017.

Berapa Harga Agak-agaknya Ya?

Produk yang berasal dari Perancis ini mula dipasarkan di Paris sejak bulan Mei 2017. Ia kini boleh didapati secara online dengan harga 599€ atau sekitar RM2900.

Dengan waranti 2 tahun, ia didatangkan dengan 3 pilihan warna menarik dan aksesori yang membolehkan anda menikmati kesemua fungsi yang disebutkan di atas.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.canaillesdream.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×