Percutian

Ini Antara Sebab Tokyo, Jepun Jadi Destinasi Mesra Muslim!

10.3K
SHARES

Cepatnya masa berlalu… Dah bulan Mac rupa-rupanya. Bagi mereka yang dah dapat bonus dan nak pergi bercuti tu, plan betul-betul cuti anda ye? Bagi mereka yang tak tahu lagi nak pergi mana sebab bimbang nak cari halal food tempat solat dan sebagainya, apa kata anda ke Tokyo, Jepun.

Serius cantik dan menarik sangat especially pertengahan bulan Mac hingga awal April adalah Musim bunga Sakura mekar berkembang.

Ke Tokyo, Jepun jom!!!

Kredit: Sean Pavone/123rf.com

Ramai yang tertanya-tanya kan kenapa Tokyo, Jepun? Okay Jepun adalah sebuah negara yang sangat maju. Sejarah mereka pun sangat unik. Hanya di Jepun ada samurai ye?

Kredit: nosonjai/123rf.com

Bahkan budaya dan amalan tradisional di negara mereka masih kekal hingga ke hari ini.Negara matahari terbit terbit ni, memang wajib anda kunjungi at least sekali seumur hidup sebab ketinggian budaya, disiplin dan kemajuan negaranya mampu memberikan vibe positif pada diri.

Kemudahan Mesra Muslim!

Kredit: Manuel Ascanio/123rf.com

Bagi kita yang Islam ni mesti la nak ada kemudahan tempat solat dan juga makanan halal. Baru la percutian tu jadi lebih bermakna. Tak gitu? Barulah bermakna percutian tu!

Kredit: Manuel Ascanio/123rf.com

Sebenarnya dekat area Tokyo sahaja ada lebih kurang 15 buah masjid dan surau ya. Banyak kan? Antaranya ialah Dar al-Arqam masjid, As-salaam Masjid, Shin Okubo Musallah, Internatioanal Passenger Terminal, Tokyo Camii Turkish Culture Center, Takashimaya Shinjuku Store dan banyak lagi. Jadi nak solat bukan satu masalah lagi. Bercuti… tu bercuti jugak tapi solat kena la buat ye…

Banyak tempat menarik!

Kredit to: Sakarin Sawasdinaka/123rf.com

Dekat Tokyo ni ada banyak sangat tempat menarik. Macam-macam anda boleh buat dekat sini. Tambahan pula, bila tiba musim bunga sakura. Antara aktiviti yang anda tak boleh lepaskan ialah menaiki bot kecil sambil menikmati pemandangan bunga sakura yang cukup menawan dan cantik. Jangan bimbang, akiviti ini selamat dilakukan walaupun, anda ada anak kecil… Cuma kena pastikan anda tak leka dan sentiasa mengawasi pergerakan anak anda.

Kalau rasa nak cari sedikit hiburan, anda boleh ke Disneyland atau Disneysea Tokyo. Macam-macam karakter Disney anda boleh jumpa dekat sana. Taman tema yang terbahagi kepada 7 bahagian ni sangat luas dan ianya merupakan Disneyland kedua yang dibina pada tahun 1983  setalah Disneyland pertama ditubuhkan di Anaheim, California pada tahun 1955.

Kredit: sensehi/shutterstock.com

Tokyo jugak ada banyak taman rekreasi dan tempat beriadah yang bersih dan sesuai dijadikan tempat berkelah antaranya ialah Shinjuku Gyoen National Garden dan Yoyogi Park.  Yoyogi Park dekat dengan Meiji Shrine! Cantik kawasannya. Dekat sini kalau musim bunga sakura memang sesak sangat tempatnya.

Kredit: Sean Pavone/123rf.com

Anda jugak boleh melawat ke Tokyo Senso-ji, Temple di Asakusa. Kuil ni merupakan kuil tertua di Tokyo tau!kedua-dua taman ni memang banyak sangat pokok bunga sakura terutamanya, di Shinjuku Gyoen National Garden. Taman ni memang popular dengan kecantikan landskap dan keindahan bunga sakuranya.

Halal food hunting!

Kredit: Stone Grilling MOKUSHUNDO / https://www.halalgourmet.jp

Dah penat-penat jalan mesti la kita nak makan kan? Rugilah kalau kita melawat negara orang tapi tak rasa keenakkan masakan tradisional mereka. Inilah masa nak buat food hunting! First, dekat Tokyo memang banyak sangat kedai makanan yang halal cuma kena pandai cari la.

Kredit: Halal Ramen Honolu Ebisu/ https://www.halal-navi.com

Antara kedai yang wajib anda try adalah Sumiyakiya, Shinjuku Gyoen Ramen Ouka, Stone Grilling MOKUSHUNDO, AYAM-YA, Al-Mina, Aladdin, Halal Ramen Honolu Ebisu dan banyak lagi.

Penginapan Superb!

Jalan sudah, Makan pun sudah… So dah tiba masa check in hotel pulak. Bagi kita yang muslim ni better cari hotel yang sediakan tempat solat dan ada tawarkan makanan halal.

Admin cadangkan beberapa hotel yang admin rasa memang okay sangat kalau anda nak menginap. Harga pun boleh affordable la untuk kita antaranya Keio Plaza Hotel Tokyo, The Prince Park Tower Tokyo, Hotel Marutani, Sakura Hotel Hatagaya dan Shibuya Servised Apartment.

Apa-apa pun make sure anda plan berul-betul percutian korang. Jangan last-last minute dah ada di Jepun baru nak plan nanti kelaut plak cuti tu. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai Tokyo, Jepun apa kata korang ke page Tokyo Tourism. Pelbagai maklumat ada disitu.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri suasana dimana yang lama bertemu dengan sesuatu yang baru, kesenian bertembung dengan kebudayaan tradisonal dan bagaimana elemen pemodenan tidak memakan pemeliharaan alam sekitar yang rancak berlangsung. Inilah Tokyo, bandar dimana keindahan keseluruhan Jepun dapat dihayati dan dinikmati oleh semua.

This article is sponsored by Tokyo Tokyo
For more information:
Tokyo is exhibiting at MATTA Fair 2018,
Please come to our booth to get more informations:
Date: 16th – 18th March 2018
Venue: PWTC, Hall 1 
Tokyo booth No.: 1124 – 1127

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×