Euforia Bola 2026
Famili

5 Peralatan Dapur Yang Berbaloi Anda Beli, Tahan Bertahun-Tahun & Mudahkan Kerja

Peralatan Dapur

Memasak boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan apabila peralatan dapur lengkap dan berfungsi dengan baik.

Tidak dinafikan, sesetengah peralatan dapur memerlukan bajet yang besar. Namun, ia boleh menjadi pelaburan jangka panjang kerana tahan lama, selain membantu menjimatkan masa dan tenaga ketika menyediakan hidangan.

Bagi anda yang gemarkan kemudahan dan mahu lebih menikmati aktiviti memasak, ini lima peralatan dapur yang berbaloi untuk dimiliki.

1. Periuk tekanan elektrik (Pressure cooker)

Peralatan Dapur

Bagi yang selalu memasak daging, sup tulang, rendang atau stew, pressure cooker merupakan salah satu peralatan elektrik yang sangat membantu.

Dengan adanya periuk ini, anda tak perlu menunggu berjam-jam untuk daging empuk. Apa yang anda perlu buat hanya masukkan bahan, tetapkan masa dan biarkan ia menjalankan tugasnya.

Lebih menarik lagi, sesetengah model turut mempunyai beberapa fungsi memasak dalam satu peranti, menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan harian.

2. Pemproses makanan (Food processor)

Peralatan Dapur

Kadang-kadang kerja memotong, mencincang dan mengisar mengambil masa yang lama, apatah lagi jika masak dalam jumlah yang banyak.

Dengan adanya pemproses makanan,  kerja-kerja menyediakan bahan masakan seperti daging kisar, bawang kisar, pes rempah, inti kuih, dan banyak lagi boleh dilakukan dengan mudah.

Bagi yang hampir setiap hari memasak, kemudahan ini sememangnya memberikan perbezaan yang besar apatah lagi di hari-hari yang memenatkan.

3. Air fryer

Peralatan Dapur

Air fryer kini sudah menjadi peralatan biasa di kebanyakan dapur. Selain multifungsi, peralatan ini juga mudah digunakan, termasuk oleh anak-anak dengan pengawasan ibu bapa.

Mampu menyediakan pelbagai hidangan goreng dan bakar menggunakan ayam, ikan, sayur dan makanan sejuk beku.

Kerja memasak menjadi lebih efisien sebab anda dah tak perlu  berdiri di hadapan kuali untuk memeriksa makanan.

Walau bagaimanapun, pemilihan saiz air fryer memainkan peranan penting. Sebaiknya, pilih saiz yang sesuai dengan bilangan ahli keluarga supaya jumlah makanan yang dimasak cukup untuk semua.

4. Pengisar heavy duty

Peralatan Dapur

Bagi yang gemar menyediakan sambal, kuah, pes masakan atau minuman seperti smoothie dan jus di rumah, pengisar yang baik boleh menjadi satu pelaburan jangka panjang yang berguna.

Pengisar dengan motor yang lebih berkuasa biasanya dapat membantu mengisar bahan dengan lebih cepat dan halus. Tidak perlu terlalu kerap berhenti untuk mengacau bahan atau menambah air seperti mesin pengisar biasanya.

Lebih penting, satu pengisar boleh digunakan untuk pelbagai tugasan. Daripada menyediakan bahan masakan hinggalah membuat minuman, kegunaannya tidak terhad kepada satu jenis hidangan sahaja.

5. Ketuhar (Microwave)

Peralatan Dapur

Microwave merupakan peralatan terbaik untuk memanaskan hidangan.

Bayangkan, makanan yang disimpan di dalam peti sejuk boleh dipanaskan semula dalam beberapa minit sahaja tanpa perlu menggunakan kuali. Sesetengah hidangan juga boleh dicairkan dengan lebih cepat menggunakan fungsi defrost.

Bagi keluarga yang kerap memasak atau menyimpan lebihan makanan, microwave boleh menjadi antara peralatan dapur yang digunakan setiap hari. Sebab itu, walaupun nampak ringkas, ia sebenarnya boleh menjimatkan masa dan memudahkan banyak urusan di dapur.

Walau bagaimanapun, bukan semua gajet dapur kita perlu beli.

Yang penting pilih berdasarkan rutin sendiri. Jika anda masak untuk keluarga setiap hari, pilih la peralatan yang memudahkan urusan penyediaan bahan dan memasak.

Selain itu, pilih produk daripada jenama yang dipercayai dan lulus Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Hal ini penting untuk memastikan gajet atau peralatan dapur yang anda beli berkualiti.

Selamat memasak semua!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×