Percutian

Ini 4 Checklist Utama Sebelum Nak Travel Ke Luar Negara Untuk 2018!

Mungkin korang dah mula nak buat planning untuk bercuti pada tahun hadapan kan? Tapi, sebenarnya kalau nak travel ni kena ada beberapa step planning tau. Kalau tak memang parah nak planning sekaligus.

So, kami nak share dengan anda 4 checklist yang paling penting untuk korang mulakan step pertama untuk travel. Bila dah selesai 4 perkara ni, barulah boleh lihat cheklist yang lebih details!

1. Semak tukaran mata wang asing

Yang paling penting mestilah bab duit! Kalau tukarannya melebihi bajet, baik korang fikir-fikirkan ya! Tambahan pula Ringgit Malaysia sekarang ini kurang ‘memberansangkan’, jadi kena lah merancang dengan bijak.

Selain itu kena rajin lakukan survey tempat penukaran matawang yang murah dan popular seperti di Midvalley dan beberapa tempat lain.

2. Passport masih valid?

Kena renew passport anda di pejabat imigresen jika tempoh sah passport kurang dari 6 bulan. Seeloknya datang awal pagi ke jabatan imigresen untuk proses renew passport. Datang lambat memang termenung lah korang dekat situ nak tunggu.

Atau boleh pergi ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan. Ada orang cakap dekat UTC lagi cepat, betul ke?

3. Perlu visa @ tidak?

Sesetengah negara perlukan visa ya! Baik semak dulu! Jangan hari nak ‘terbang’ nanti baru nak check memang dah terlambat lah ye!

4. Semak status perjalanan dengan imigresen!

Ini sangat penting! Pastikan nama anda ‘bersih’ daripada di’blacklist’ oleh imigresen. Jangan nanti sangkut kat airport! Jadi, bila semua ni dah clear, barulah senang hati nak merancang lebih lanjut kan? Selalu ramai yang ‘sangkut’ sebab PTPTN.

Takkan lah percutian yang sudah lama dirancang dibantutkan dengan hutang PTPTN? Hihi selamat bercuti!

Yang Popular

To Top