Pulau Langkawi tidak asing lagi sebagai salah satu lokasi percutian sesuai untuk pelbagai peringkat umur di Malaysia. Baik datang secara sendirian, berpasangan atau bersama anak-anak, pulau lagenda yang terdiri dari 99 buah pulau ini menjanjikan pelbagai tarikan.
Ilham Ceramic & Mak Lang Cafe, Kuah
Bertempat di Pekan Kuah, Ilham Ceramic merupakan sebuah studio pembuatan barangan seramik. Pengunjung boleh turut serta dalam kelas selama 2 jam yang dianjurkan oleh pemilik, Radzi Ismail. Yuran kelas bermula RM100/pax dan pengunjung akan diajar membuat dan membawa pulang 2 barangan seramik.
Selepas selesai kelas, pengunjung boleh melawat dan menikmati pelbagai hidangan laksa di Mak Lang Cafe. Menurut En Radzi, ilham penubuhan cafe ini tercetus semasa tempoh PKP, pelajar dan pelancong yang terkandas di Langkawi dijamu laksa resipi ibunya, Puan Barishah Hussein.
Alamat & waktu operasi :
Sabtu – Rabu (11 am – 6 pm)
Kg Bendang Baru, Kg Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Lion Marine (Pulau Singa Besar)
Baru beroperasi pada Februari 2024, Lion Marine merupakan nama baru bagi Pulau Singa Besar, sebuah pulau persendirian yang terletak di selatan Langkawi.
Perjalanan bot terus ke sini mengambil masa 10- 15 minit dari Jeti Teluk Baru, tetapi bagi yang mengambil pakej, ada beberapa pilihan yang boleh dipilih, antaranya :
- Pulau Dayang Bunting
- Echo Island
- Pirate Cove
- Fun fishing
- Pulau Singa Kecil
- Eagle watching
- BBQ Lunch
- Snorkeling gear
- Pulau Singa Besar (Lion Marine)
Langkawi Sky ATV Ride, Gunung Mat Chin Chang
Bagi yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak, sinilah tempatnya. Pengunjung akan memandu ATV selama lebih kurang 45 minit – 1 jam di kaki gunung Mat Chinchang berlatarkan pemandangan cable car dan anak sungai.
Pengunjung boleh juga membasahkan diri di anak sungai dari Air Terjun Telaga Tujuh. Bayaran masuk adalah RM100/per ATV (single/double).
Alamat & waktu operasi
Setiap hari (10 am – 6 pm)
Lot E060, Oriental Village, Jln Telok Burau, 07000 Langkawi, Kedah
Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang
Masih ramai yang tidak tahu, di kaki Gunung Raya terdapat sebuah sanctuari flora dan fauna. Kawasan ini diwartakan sebagai hutan simpan Lubuk Semilang dan merupakan lokasi patut dituju bagi peminat aktiviti outdoor seperti jungle walk, jungle trekking, hiking dan melihat unggas.
Antara pakej yang ditawarkan :
- Sanctuary Jungle Walk | RM130 (min 2 pax) | 2 jam
- Sanctuary Jungle Trekking | RM150 (min 2 pax) | 3 jam
- Sanctuary Birdwatching Walk | RM150 (min 2 pax) | 2 jam
- Sanctuary In the Dark | RM150 (min 2 pax) | 2 jam
Alamat & info
Hotline – 0194491037
Lubuk Semilang, Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah
Baca juga : 26 Senarai Tempat Makan Sedap Di Langkawi, Tak Lengkap Kalau Tak Singgah Sini!
Pasar Malam Langkawi
“Tiap-tiap hari ada pasar malam di Langkawi!” inilah yang diberitahu Sirap Limau semasa lawatan media. Menurut jurucakap Tourism Langkawi, pasar malam di sini menjadi satu tarikan pelancongan kerana pengalaman kulinari yang ditawarkan.
Jadual Pasar Malam Langkawi :
- Isnin | Ulu Melaka
- Selasa | Kedawang
- Rabu | Kuah **paling besar dan meriah!
- Khamis | Temonyong
- Jumaat | Ayer Hangat
- Sabtu | Kuah
- Ahad | Padang Mat Sirat
Dangau Langkawi
Dangau merupakan pondok kecil di tepi sawah, dan itu yang diketengahan En Zaidi sebagai keunikkan di Dangau Langkawi. Restoran ini menghidangkan lauk pauk kampung dan ikan bakar. Pengunjung boleh menjamu selera di dangau (pondok) dengan pemandangan sawah padi dan Gunung Raya.
@mysiraplimau Lokasi menarik untuk makan lauk pauk kampung di Langkawi! 🦅 📍Lot 70, Mukim, @Dangau Langkawi Kampung Mawar, 07000, Langkawi, Kedah Waktu operasi : 12.30 pm – 7.30 pm Tutup – Selasa #SirapLimau #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #RefreshingLangkawi #RL99magicalislands
♬ original sound – Sirap Limau Official – Sirap Limau Official
Alamat & waktu operasi
12.30 pm – 7.30 pm (kecuali Selasa)
Lot 70, Mukim, Kg Mawar, 07000 Langkawi, Kedah
Crab Farm Langkawi, Kubang Badak
Peminat makanan laut, terutamanya ketam nipah PERLU datang sini. Crab Farm Langkawi merupakan ladang dan restoran yang beroperasi di Kubang Badak, sebuah lokasi eko-pelancongan baharu di Langkawi.
Menurut pemiliknya, benih ketam dibeli dari nelayan tempatan sebelum dipindahkan ke kolam sehingga mencapai kematangan. Selain ketam, Crab Farm Langkawi juga menuai sendiri “latok” dari ladang mereka.
Alamat & waktu operasi
12.00 pm – 8 pm (kecuali Khamis)
Jalan Teluk Yu, Kg Kubang Badak, Mukim Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
Kompleks Kraf Langkawi
Buat pengunjung yang ingin mengenali lebih dekat pembuatan seni kraf Melayu dan sejarahnya boleh datang ke Kompleks Kraf Langkawi. Kompleks ini memiliki 2 buah muzium iaitu, Muzium Adat Istiadat dan Perkahwinan serta Muzium Warisan.
Alamat & waktu operasi
10.00 pm – 6 pm (buka setiap hari, kecuali Hari Raya)
Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi, Kedah
Eagle’s Nest Skywalk Langkawi
Baru dibuka pada 10 Mac 2024, Eagle Nest Skywalk merupakan skywalk terpanjang di dunia, sepanjang 38-meter dan boleh memuatkan seramai 300 orang.
Dengan harga RM28 (dewasa), RM17 (kanak-kanak), pengunjung boleh menikmati pemandangan dari bawah dan atas. Lantai skywalk ini diperbuat dari gelas, membolehkan kita melihat hutan simpan Matchincang di bawah. Manakala, pemandangan atas pula ialah gugusan kepulauan Laut Andaman.
Alamat & waktu operasi
09.00 pm – 6.30 pm (buka setiap hari)
Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi, Kedah
Faizy Crystal Glass Blowing
Jika dahulu, produk kristal Langkawi sangat terkenal dan Encik Faizy sudah mula membuat kraf kristal ini sejak tahun 2002 lagi. Di sini, pengunjung boleh melihat sendiri proses membakar dan meniup kristal dari mula, kemudian dibentuk cantik sehingga siap.
Lokasi bengkel ini terletak di belakang Kompleks Kraf Langkawi, dan barangan yang dijual di sini dari sekecil keychain, bunga kristal, tasbih sehinggalah pasu cantik bernilai ribuan ringgit.
Alamat & waktu operasi :
10.30 am – 05.00 pm
Kompleks Kraf Langkawi, Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi, Kedah
Baca juga : 5 Panduan Pergi Bercuti Ini Penting Untuk Semua Ingat, Terutama Pada ‘Waktu’ Begini!