Hebahan

Ingkar Arahan PKP Boleh Jadi Punca Golongan Belia Dijangkiti COVID-19 & Tambah Kes Positif

42
SHARES

Menurut pakar perunding penyakit berjangkit, ia tidak menolak kemungkinan antara punca kes positif Covid-19 bagi golongan belia berusia 26 tahun hingga 30 tahun tinggi adalah akibat mereka ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Dr Christopher Lee berkata beliau tidak mampu untuk mengemukakan data yang lengkap dan gambaran tepat untuk mengaitkan kedua-duanya antara kes positif Covid-19 dan golongan belia umur terbabit.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahan Golongan Ingkar PKP

Kata Dr Christopher lagi, gambaran yang jelas berkaitan kes itu dapat diperoleh jika pecahan kes tahanan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) akibat daripada ingkar arahan PKP dibentangkan kepada pasukan perubatan.

“Kumpulan ini (berusia antara 26 hingga 30 tahun) juga mudah dijangkiti virus ini, sama seperti kumpulan usia lain.

Bagaimanapun, mereka sepatutnya tidak bermasalah dari segi imuniti.

“Berkemungkinan juga mereka dijangkiti ekoran aktiviti atau tingkah laku masing-masing,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Semakan Kematian COVID-19 Kebangsaan kepada BH, hari ini.

Dua Golongan Usia Catat Paling Tinggi Kes Positif

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan semalam, terdapat dua kumpulan golongan usia mempunyai bilangan paling tinggi kes positif Covid-19 iaitu usia lingkungan 26 hingga 30 tahun dan 56 hingga 60 tahun.

Bagi golongan belia mereka dikatakan dijangkiti ketika keluar dari rumah dan bergaul dengan orang ramai sepanjang tempoh PKP, manakala golongan  warga emas dipercayai dijangkiti kerana tugas mereka sebagai ketua keluarga dimana mereka sahaja yang dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang keperluan dan ketika itulah mereka dijangkiti.

Dr Christopher yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) turut menolak dakwaan bahawa hanya individu berusia atau warga emas berpotensi dijangkiti Covid-19. Bagaimapun, risiko berjangkit rendah jika semua menjaga jarak sosial satu sama lain.

“Mana-mana individu berpotensi dijangkiti COVID-19, bergantung kepada kemungkinan penularan virus ini.

“Ia (jangkitan) tiada kaitan dengan usia sebaliknya bergantung kepada aktiviti, tingkah laku dan amalan masing-masing. Bagaimanapun, golongan berusia berdepan penyakit atau komplikasi akut,” katanya.

Ditanya kadar untuk sembuh bagi pesakit golongan muda, beliau berkata, kumpulan berkenaan kebiasaannya boleh sembuh sepenuhnya kerana kebiasaannya mereka hanya mengalami simptom sederhana.

“Bagaimanapun, kita tak menolak kemungkinan boleh berlaku kematian dalam kalangan pesakit muda memandangkan sebelum ini kes kematian termuda direkod membabitkan individu berusia 27 tahun.

“Walaupun kebiasaannya kes kematian COVID-19 membabitkan individu berusia lebih 65 tahun tetapi tidak semestinya pesakit muda tidak berdepan risiko sama cuma ia tidak kerap berlaku bagi kelompok umur berkenaan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×