Nampaknya masih belum reda dihimpit kontroversi susulan kenyataan menerusi satu video mengapa wanita lambat dapat jodoh, pakar bedah mata dan motivator terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad sekali lagi menerima kecaman yang hebat daripada netizen.
Situasi ini berlaku sekali lagi apabila netizen ‘terjumpa’ sebahagian daripada rakaman asal video berdurasi 45 minit yang pernah dimuat naik di laman YouTube milik Prof Muhaya bertarikh 6 Februari 2021. Video tersebut bagaimanapun, berjaya meraih lebih 45,000 tontonan.
Artikel berkaitan: ‘Orang Lelaki Suka Perempuan Lemah Lembut, Biar Bodoh-Bodoh Sikit’- Prof Muhaya
‘USAH BAJET BAGUSLAH YOU ALLS..”
Menerusi video tersebut, Prof Muhaya seolah-olah ‘merendahkan’ martabat golongan wanita yang bekerjaya dan turut mempersoalkan apa kelebihan yang diperoleh invididu yang mempunyai tahap akademik yang tinggi. Kenyataan ini sekali lagi mencetuskan pelbagai reaksi dari kalangan warganet yang turut mempersoalkan rasionaliasi di sebalik ayat-ayat yang dituturkan tersebut.
Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you alls. I’m a career woman, Allah.. sudahlah. Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry.
Wanita solehah nilai dia labih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge. Bonda nak tanyalah sekarang ini, orang ada akademik tinggi dapat apa masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni? You tell me. Apa manfaat, nak bajet bagus, I pandai, I PhD… apa manfaat pada orang?
Nak bersangka baik pun susah when her body language clearly demonstrates ‘disgust’ over women who choose what’s best for themselves. pic.twitter.com/uFTMwYvqBV
— Kak Long (@SpongeBobCatz) June 14, 2021
‘SALAH KE JADI WANITA BEKERJAYA?’
Menerusi ruangan balas video tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan mengapa Prof Muhaya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Bahkan, orang ramai mendakwa tidak salah bagi seseorang wanita itu untuk mempunyai kerjaya yang hebat pada masa sekarang.
Terdahulu, Prof Muhaya tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan berhubung kenyataannya mengapa wanita lambat dapat jodoh susulan menerima kecaman daripada netizen.
Sumber: Twitter @Kak Long