Rakyat

“Orang Lelaki Suka Perempuan Lemah Lembut, Biar Bodoh-Bodoh Sikit”- Prof Muhaya

2.8K
SHARES

Nampaknya, tengah hangat diperkatakan mengenai sedutan video ‘Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh’ yang dijelaskan oleh pakar bedah dan motivator terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad. Ini menimbulkan amarah dalam kalangan warganet yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan pakar motivasi tersebut.

‘ORANG LELAKI SUKA PEREMPUAN LEMAH LEMBUT, BIAR BODOH-BODOH SIKIT’

Menerusi video berdurasi 56 saat tersebut, Prof Muhaya berpendapat bahawa wanita tidak seharusnya berusaha untuk mendapat taraf yang setanding atau melebihi kaum lelaki dalam kehidupan.Kenyataan tersebut sedikit-sebanyak meninggalkan persoalan dalam kalangan warganet yang tertanya adakah apa yang difikirkannya adalah betul?

Jelas beliau lagi di dalam video tersebut, kaum lelaki dikatakan lebih tertarik dengan wanita yang berperwatakan lemah lembut dan sering memerlukan bantuan.

“Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka, mereka ketua. Orang laki-laki walau macam mana suami kita dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macam mana dekat office, kalau kat office kita ada seorang pekerja am, CEO perempuan, bila berimam siapa depan? Masih laki-laki”

“Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki, no. Nanti you all sibuk nak buat apa lelaki nak buat, testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin, lambat jodoh”

“Siapa tinggi testosterone, asyik nak drive, nak achieve, nak independent, memanglah. Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu boleh lah. Sesiapa yang lambat jodoh tu you kena tengok karakter you macam mana,” kata Prof.

“JADIKAN ISTERI RASULULLAH, SAIDITINA KHADIJAH SEBAGAI CONTOH”

Kenyataan sepanjang dalam video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi yang secara majoritinya tidak bersetuju. Bayangkan apa yang dikatakan oleh beliau, kita katakan semula untuk anak-anak kita. Positif atau tidak tindakan tersebut?

*Diharapkan semoga kita terus mendidik anak-anak khususnya anak perempuan untuk berjaya dan berdikari pada masa hadapan ya!

Sumber: Twitter @emptyshadoww

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×