Dapur

Resepi Kubis Roll Untuk Anda Yang Tak Suka Makan Sayur & Nak Diet, Boleh Buat Sahur Juga!

7.9K
SHARES

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang sudah terbiasa dengan salah satu makanan dari negara Vietnam iaitu Vietnamese Roll kan? Dibalut menggunakan rice paper yang lembut dan mempunyai inti berasaskan sayur-sayuran dan makanan laut menjadikan makanan ini digemari ramai. Untuk pengetahuan anda, selain dari rice paper, ada bahan lain yang anda boleh gunakan untuk buat roll ala-ala Vietnamese Roll ini. Salah satunya adalah menggunakan kubis dan menjadikan menu ini sebagai kubis roll. Apa yang menariknya, menu ini sangat sesuai untuk anda atau anak-anak yang tidak gemar makan sayur dan juga boleh jadikan kubis roll ini sebagai menu bersahur.

Bahan-bahan

Selamat pagi. Kubis roll ni boleh ganti minum petang kudap kudap buat yang suka makan sayur, yang nak diet. Yang tak makan sayur pun, boleh makan tak rasa sayur pun. Ok, lets go! Jom tengok resepi.

1.Kubis (untuk roll)

2.Daun bawang > untuk ikat terpulang

3.Ayam kisar

4.Bawang holland (cincang)

5.Carrot (cincang)

6.Hirisan daun bawang

7.Garam

8.Serbuk lada hitam

9.Olive oil

Cara-cara

1. Leraikan kubis..buat slow-slow jangan sampai terkoyak..

2.Celur kubis. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih..

3.Inti dia gaulkan semua bahan..kecuali kubis dan daun bawang(untuk ikat)..satukan dalam bekas..tak payah masak dulu.masa kukus nanti ia masak.

4.Ni yang dah siap digaul..gaul sebati.

5.Gulung inti..gulung lah macamana pun.macam popia ke ketayap ke.janji gulung.

6.Lepastu nak ikat daun bawang boleh.taknak ikat pun boleh..sebab bila dah kukus nanti,gulungan tak terbukak..tapi kalau risau terbukak, ikat dengan daun bawang yg dicelur tau.

7.Kukus dengan api sederhana lebih kurang 10-15minit.

8.Dah siap..boleh makan begitu saja.atau cicah sos pun sedap.

 

Sumber : Siti Hajar Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×