40 Minggu

Ibu Mengandung Perlu Ambil Dos Penggalak Atau Tidak? Ini Penerangan Pakar

57
SHARES

Umum mengetahui, dos penggalak mula diberikan kepada orang ramai secara berperingkat. Dos penggalak bertujuan untuk meningkatkan lagi imunisasi badan melawan wabak Covid-19.

Walau bagaimanapun, ia menjadi tanda tanya kepada ibu mengandung kerana ia merisaukan diri mereka untuk mengambil dos penggalak. Justeru itu, Dr Muhammad Izzat memberi penerangan di laman Twitternya. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Warga Emas Penerima Sinovac Golongan Berisiko Jika Tiada Dos Penggalak

IBU MENGANDUNG PERLU AMBIL DOS PENGGALAK ATAU TIDAK?

Ramai ibu mengandung bertanyakan keperluan untuk mengambil dos penggalak (booster) vaksin covid. Perlu atau tidak?

Dengan bertambahnya pelbagai varian baru Covid, yes, dengan mengambil dos booster, maka kita tingkatkan antibody yang sedia ada untuk mencegah jangkitan covid, dan jika terkena jangkitan covid, severity atau keterukkan jangkitan dapat dikurangkan.

Maka kalau ibu mengandung atau mereka yang sedang cuba untuk mengandung (TTC) saya galakkan semuanya untuk mendapatkan booster dose sejurus sahaja anda layak untuk dapatkannya – at least 3 months from your 2nd dose.


Bila nak ambil covid vaccine/ booster? Vaksin covid mahupun booster selamat diberikan at any point in pregnancy, pada semua trimester kehamilan. Jangan berlengah jika ibu mengandung telah diberikan tarikh untuk mengambil vaksin/booster

Perlu ke tunggu bersalin dulu baru amek booster? Bukan sahaja vaksin selamat in pregnancy, antibody yang dihasilkan bila si ibu dapatkan vaksin ketika mengandung akan diturunkan pada baby yang belum dilahirkan, so your baby had some amount of protection against covid bila lahir.


Covid booster is very safe to be given at all point of pregnancy. Bukan sahaja protect mother, vaksin turut melindungi your baby. Jangan tangguhkan dan tunggu selepas beranak. Get it as soon as you being offered yaa. Moga dimudahkan semua ibu!

Sumber: Twitter Dr Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×