Rakyat

Warga Emas Penerima Sinovac Golongan Berisiko Jika Tiada Dos Penggalak

93
SHARES

Warga emas yang sudah lengkap dua dos vaksin jenis Sinovac diminta segera untuk mendapatkan dos penggalak. Hal ini kerana mereka adalah kumpulan paling berisiko dengan kemunculan varian baharu, Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ini kerana Sinovac adalah vaksin yang paling cepat menurun keberkesanannya berbanding vaksin jenis lain.

Baca juga: Vaksinasi Kanak-kanak Bawah 12 tahun Bermula Tahun Depan – KKM

WARGA EMAS PENERIMA SINOVAC GOLONGAN BERISIKO

Khairy menjelaskan, setakat ini sebanyak 2,457,510 dos penggalak diberikan walaupun pada peringkat awal kadar ketidakhadiran janji temu adalah tinggi iaitu 40 peratus.

“Saya nak maklumkan kepada kumpulan ini terutama warga emas bahawa mereka adalah kumpulan paling berisiko tinggi sekiranya tidak menerima dos penggalak terutamanya dengan perkembangan terkini varian Omicron yang kebolehjangkitannya lebih tinggi berbanding Delta.

“Walaupun belum ada (Omicron) di Malaysia, langkah pencegahan perlu dibuat untuk semua warga emas supaya menerima dos penggalak terutama yang mendapat Sinovac (sebelum ini) disebabkan tempoh masa Sinovac menurun lagi cepat berbanding Pfizer,” jelasnya.

Selain itu, Khairy juga  menasihatkan warga emas dan individu dengan komorbiditi supaya tidak membuat perjalanan ke luar negara dan mengelakkan dari menghadiri kawasan awam yang sesak kerana mereka mudah dijangkiti virus COVID-19 varian Omicron.

Beliau juga berharap agar rakyat Malaysia yang ke luar negara supaya mematuhi langkah kesihatan awam yang diamalkan di negara ini, bukannya mengikut amalan di negara yang dilawati.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×