Famili

Ibu Ini Kongsi 3 Kelebihan Kerap Bawa Anak Ke Taman Permainan Yang Ibubapa Tak Tahu

161
SHARES

“Mama, nak pergi playground nak main dengan kawan-kawan”

“Tak boleh la, asyik nak pergi playground je tempat tu tak bagus tau untuk adik. Baik duduk rumah je”

KELEBIHAN KERAP BAWA ANAK KE TAMAN PERMAINAN

Bawalah anak ke playground sekerap yang mungkin, kerana di situlah terdapatnya banyak rangsangan untuk deria yang utama dalam perkembangan anak-anak. Malah kita sendiri pun, semasa kecil membesar di playground. Boleh ingat lagi tak, almost everyday kan kita main dekat playground?

1. Di playground la otot dan sendi kita dirangsang

www.facebook.com/liyana.raya

Sebab itu kita jadi kuat. Kita boleh menulis dengan baik sebab ‘core muscles’ of the chest,back and shoulders mendapat ketahanan yang tinggi sekaligus membantu kita utk menahan otot ini daripada mengganggu fungsi jari jemari kita ketika menulis.

Anak-anak zaman sekarang apabila menulis dan menggunting,kebanyakan mereka tidak tahu nak gunakan otot mana nak menulis dan pegang gunting. Makanya kebanyakan dari mereka suka mengangkat sekali bahu dan siku ketika membuat aktiviti penulisan dan guntingan. Sebab itulah menulis bukan hanya pen & kertas semata-mata! Kenapa jadi mcm ni?Kurang rangsangan terhadap otot dan sendi.

2. Playground juga turut membantu kita menyeimbangkan badan

www.facebook.com/liyana.raya

Kerana ianya merangsang deria keseimbangan badan (vestibular) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Kanak-kanak perlu bergerak. Kita dulu memang boleh duduk diam eh? Dah kenapa zaman sekarang ni kita nak anak-anak duduk diam? No point bagi anak duduk diam. Sebab kalau anak duduk diam,ianya tidak merangsang langsung deria keseimbangan badan ni.
Disebabkan kita nak anak duduk diam,hasilnya kita dapati:

-Anak akan sukar fokus
-Anak suka berlari ke sana ke mari di dalam kelas
-Anak kurang keyakinan diri
-Anak tidak boleh mengawal emosi

3. Sebab dengan adanya playground, anak-anak boleh bergerak dan bebas melakukan apa yg mereka ingin lakukan

http://www.themalaysiantimes.com.my/

-Mereka fokus terhadap pergerakan yang banyak boleh dilakukan di playground seterusnya apabila tiba waktu belajar,mereka tidak mudah terganggu utk melakukan pergerakan kerana mereka sudah puas bergerak!

-Meningkatnya rasa keyakinan diri kerana mereka boleh merasai kuasa memiliki pergerakan dan seterusnya membentuk emosi yang seimbang.

Apa yang salahnya terhadap persepsi kita apabila membawa anak ke playground adalah:

-We think too much of them getting hurt! Takut anak jatuh,takut anak itu ini… sedangkan kat tangan kita telefon 24 jam. Bila bawak anak pergi playground lagilah kita galak main telefon! HELLO!!!!! Anak2 perlukan guidance utk mereka memanjat di mana,pegang kat mana,masuk kat mana,keluar kat mana, so peganglah anak tu kalau takut anak jatuh! Bukan pegang telefon! Besides,jatuh kerana bermain itu biasa. Apabila dibiasakan dgn jatuh dan menahan sakit, maka anak kita semakin kebal jadinya.

www.parents.com

-Takut dapat penyakit berjangkit yang bukan2 terutamanya di indoor playground. Ada sesetengah ibu bapa yang dah tau anak sakit,kenapa bawak jugak anak keluar? Masa anak tak sihat,duduklah rumah…. dan kdg2 anak kita menjadi mangsa namun kdg2 kita harus ingat bahawa jangkitan ini bukanlah jangkitan yg membawa maut. Jangkitan ini membuatkan kita renyah nak jaga anak kita semasa sakit.Janganlah ‘overdose’ kan sangat pemikiran kita dengan benda2 seperti ini. Sebab bila kita ‘overdose’ kan,itulah yg kita dapat.

-Sentiasa cakap “jangan panjat situ nanti jatuh!” Juga membawa kpd jatuhnya anak2 di playground. Itu saya cakap… change your mind and words. Daripada cakap jatuh,lebih baik pergi tolong anak dan bantunya mcm mana nak elak daripada jatuh.

INGAT ANAK TAK MARAH KE KALAU KITA KACAU MEREKA TENGAH BERMAIN?

www.colesorrentino.com

Kita,kalau org tengah kacau kita berseronok,kita marah kan? Apa ingat anak-anak ni tak marah ke kalau kita dok kepohci sana sini masa anak kita tengah seronok main? Mana yg anak lebih suka bila tengah main? Mak ayah datang main sama-sama dan bantu atau mak ayah sambil pegang telefon mulut je lebih kepoh sana sini takut anak jatuh itu ini.

“Ish! Annoying betul mak ayah aku ni!” ——> inilah pemikiran secara tidak langsung yg anak dapat. Sebab anak tu manusia juga sama mcm kita,bukan robot nak diarahkan itu ini.

www.popsugar.com

Bawalah anak bermain di playground samada indoor atau outdoor sekerap yang boleh. Kalau boleh hari2 bawa… tapi tulah kan,setiap kali bila saya buat ‘site visit’ ke playground,krik krik krik aje, anak-anak saya pun lama-lama bosan tak ada kawan nak main menjadikan playground bukanlah satu kawasan yang menyeronokkan sama mcm kita dulu. Sebab anak-anak saya dah terbiasa dengan rangsangan seperti ini namun kerana stage of play anak saya sekarang lebih kepada social play, ketiadaan rakan-rakan baru di taman menyebabkan taman permainan adalah sangat membosankan. Kena tunggu masa weekends dan cuti sekolah barulah ada ramai orang.

Sumber: Liyana Raya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×