Didik

“Janganlah Perli Mak Ayah Yang Suka Bagi Anak Tengok Gajet Semasa Makan”

65
SHARES

Selari dengan zaman berteknologi tinggi, ramai ibu bapa yang kini mencuba pelbagai cara untuk memudahkan anak-anak makan dengan berselera. Bukan beerti ibu bapa malas tetapi salah satu cara berkesan adalah meletakkan gajet di hadapan mereka sepanjang mereka makan. Namun, tindakan ini juga mendapat kecaman ramai kerana dapat membuatkan anak-anak ketagih dengan gajet dan akan menjadi habit buruk. Adakah ini merupakan jalan yang terbaik?

Jangan perli mak ayah yang bagi anak tengok HP masa makan

“Eleh.. malas lah tu nak layan anak”

Bukan semua mak ayah pemalas atau suka ambil jalan mudah tapi mungkin mereka terpaksa. Kita tak berada di situasi mereka kita tak sepatutnya cepat membuat sangka buruk. Semalam semasa di kedai makan, kebetulan ada sebuah keluarga suami isteri dengan 3 orang anak lelaki. Suami isteri sedang tekun makan dan anak anak pun tekun makan makanan masing-masing sambil tengok kartun di hp.

Bukan ke bagus macam tu? Mak ayah dapat makan dengan tenang, anak-anak pun tak ponteng makan. Memang betul banyak kajian mengatakan hp ni tak bagus untuk kanak-kanak terutama kanak-kanak bawah 6 tahun. Berisiko tinggi untuk rabun, tak pandai bersosial, ketagihan, sukar tidur dan boleh bantutkan perkembangan kognitif skil mereka.

Tapi ada satu fitrah kanak-kanak yang kita selalu lupa, kanak-kanak tak pernah berehat, mereka selalu aktif dan boleh berlari 24 jam sehari kalau mereka mahu.

TAK BAGI ANAK TENGOK HP, TAPI TAK KAWAL PULA…

Saya pernah jumpa satu keluarga yang bawa 2 orang anak lelaki ke kedai makan. Memang suami isteri ni tak bagi anak mereka tengok hp tapi mereka juga tak kawal anak mereka. Dua beradik ni berlari-lari satu kedai sehingga terlanggar pelayan yang sedang lalu hantar makanan. Tumpah makanan atas pelanggan lain. Ini dah jadi public harrasment pula.

Tak pasal pasal mak ayah kena minta maaf.. inilah punca ada mak ayah jadi serik nak bawa anak ke kedai makan. Ada juga kes lain yang mak ayah tak dapat nak makan langsung sebab melayan kerenah anak yang sorang melompat atas kerusi, sorang lagi menarik tudung mak dan sorang lagi main bawah meja. Kesudahannya semua makanan di bungkus, makan di rumah barangkali.

Kadang-kadang balik kerja penat, memang tunggu masa nak melenting je. Daripada mak ayah marah-marah baik bagi anak tengok HP, anak behave mak ayah automatik ter-behave.

KENAPA KITA NAK SEKAT SELERA ANAK?

Anak saya sendiri kalau makan tak bagi tengok kartun terus hilang selera makannya, kalau makan pun mengunyah secara terpaksa. Kalau di beri makan sambil tengok kartun boleh menambah-nambah pula. Kenapa kita nak sekat selera makan anak, kan bagus tu anak makan banyak.

Bagi saya nak guna HP untuk tambat hati anak supaya behave masa makan dan tak ponteng makan boleh asalkan kita kawal dan letak had. Jangan bagi mereka lihat cerita lucah, ganas dan tak berfaedah sudah lah. Gunakan untuk kebaikan seperti kenal abjad, kenal warna dan cerita teladan. Annur rania hafal lagu nasyid dari youtube kids tau. Bila dengar dia nyanyi terus ambil sejadah solat taubat..

Dan satu lagi jangan bagi anak melihat HP lebih dari 2 jam sehari kerana ada kajian dari Children’s Hospital of Eastern Ontario Research Institute mengatakan untuk kanak-kanak bawah 6 tahun ni, had Screen Time ( televisyen, tablet, telefon, komputer ) yang ideal adalah 2 jam sahaja sehari. Dan tak boleh secara berterusan selama 2 jam, kena ada Screen Time Break setiap 10-20 minit.

Asalkan untuk kebaikan anak kita buat apa sahaja yang terbaik untuk mereka. Dalam masa yang sama tu cuba lah ubah sedikit demi sedikit tabiat makan tengok hp tu secara baik. Sebab akhirnya yang berbakti pada anak adalah kita, dan yang mendera anak pun kita juga. Kepada yang selalu menyindir tu, tak semua perkara yang anda lihat itu adalah keseluruhan cerita, di sebalik yang itu ada 1001 cerita yang terpaksa mak ayah tu hadap setiap hari.

Jangan memaksa jika boleh memahami.

Sumber : Mohd Fhais

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×