Nur

Hukum Merasa Makanan Ketika Puasa Adalah Dibolehkan, Begini Caranya – Mufti WP

378
SHARES
hukum merasa makanan ketika berpuasa

“Alamak, tawar pulak… Tadi masa masak takut nak rasa nanti terbatal puasa. Sebenarnya apa hukum merasa makanan ketika puasa ni? Macam mana caranya?”

Ramai ibu-ibu mesti rasa kekok bila tak rasa makanan terlebih dahulu sebelum dihidangkan pada keluarga kan?

Dalam tempoh berpuasa ni, ada yang rasa ragu-ragu sama ada kita boleh ke tidak merasa makanan yang dimasak tu.

Dan kalau dibolehkan, macam mana pula cara nak merasa makanan yang dimasak supaya tak sampai terbatal puasanya?

Hukum Merasa Makanan Ketika Puasa

Berikut adalah jawapan dan penjelasan yang dipetik dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan hal ini.

SOALAN

Apakah hukum merasa makanan?

 

JAWAPAN

Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih.

Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur.

 

Ibn Abbas R. Anhuma berkata:

لاَبَأْسَ أَنْ يَذُوْقَ الخَلَّ أَوْالشَّيْءَ مَالَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَصَائِمٌ

“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”

(Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (9277))

Begitu juga telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah:

“Merasa makanan adalah makruh sekiranya tiada hajat tetapi ianya tidak membatalkan puasa. Sekiranya terdapat hajat (untuk merasanya) maka ianya seperti al-Madhmadhoh (berkumur)”.

[Lihat Majmu’ al-Fatawa, 25/266]

Adapun berkumur, jika diperhatikan masih terdapat baki-baki air yang sedikit di dalam mulut dan jika tertelan bersamanya air liur maka ianya tidak membatalkan puasa kerana ianya amat payah untuk dielakkan. [Lihat Rad al-Muhtar, 2/98]

Seperti juga bersugi, bersiwak dan memberus gigi ketika berpuasa, telah sepakat para fuqaha’ akan keharusannya. Begitu juga penggunaan ubat gigi.

Jika kita perhatikan, semasa memberus gigi, bersiwak dan sebagainya pasti akan terdapat ‘rasa’ pada lidah namun jika tidak ditelan, ianya tidak membatalkan puasa

merasa makanan ketika puasa

 

Secara ringkasnya, cara merasa makanan ketika puasa adalah seperti berikut:

Cara Merasa Makanan Ketika Puasa

1. Merasa makanan hendaklah dalam kuantiti yang sedikit seperti di hujung lidah.

2. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya.

3. Jika seseorang merasa makanan  ketika berpuasa, kemudian dia meludahkannya tetapi masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan ditelannya, maka ianya tidak membatalkan puasa seseorang itu kerana ‘ain makanan tersebut telah diludahkan dan yang tinggal hanya athar (kesan) sahaja yang berbaki.

 

Jadi, ibu-ibu bolehlah merasa makanan ketika puasa tapi ia harus diludahkan semula. Kalau nak selamat, boleh cuba ambil kuah menggunakan sudu, titiskan pada jari dan kemudian calitkan pada hujung lidah.

Yang penting, jangan sampai tertelan ya!

*Sumber rujukan: Irsyad Fatwa Edisi Khas Ramadhan > HUKUM MERASA MAKANAN KETIKA BERPUASA ,IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN #75: HUKUM PENGGUNAAN ‘LIPSTIK’ KETIKA BERPUASA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×