Nur

Tular Dua Wanita Langkah Kubur Sambil Gelak Ketawa, Ustaz Jelas Hukum

86
SHARES
tanah kubur

Baru-baru ini tular video berdurasi 37 saat memaparkan tindakan dua wanita melangkah tanah kubur sambil ketawa sehingga mengundang kemarahan warganet yang menyifatkan perbuatan itu melampaui batas serta tidak menghormati agama serta waris si mati.

Akibat menimbulkan kekecohan serta persoalan dalam ramai kalangan umat Islam, tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Mufti.

Baca juga: Matahari Tepat Di Atas Kaabah 5.18 Petang (27 Mei 2024), Boleh Semak Arah Kiblat

HUKUM LANGKAH BONGGOLAN TANAH KUBUR

tanah kubur

Tangkap layar video yang tular.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata ini kerana perkara itu berhubung kait dengan aspek hukum selain bagi meredakan perselisihan faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu sesi ceramahnya apabila ada soalan berkaitan isu ini, UAI menjelaskan terdapat beberapa situasi yang menyebabkan perkara tersebut dibenarkan atau haram. Untuk pengetahuan semua, kawasan kubur yang dimaksudkan adalah bonggolan tanah yang mempunyai batu nisan. Antara situasi yang dimaksudkan adalah:

1.MAKRUH perbuatan langkah kubur.

2.HARAM perbuatan sengaja duduk di atas kubur.

3.Duduk atas simen yang dibina sekitar kubur tidak mengapa kerana tidak dikategorikan sebagai kubur si mati.

tanah kubur

*Namun, harus diingatkan bahawa sebarang binaan kekal atas kubur si mati adalah haram dan sangat tidak digalakkan. Tidak mengapa jika ingin mencantikkan kawasan kubur tetapi tiada binaan kekal ya.

Baca juga: 6 Khasiat ‘Tersembunyi’ Bila Baca Al-Fatihah Dalam Rawatan Penyakit

Sumber: Berita Harian, Pencinta Ilmu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×