Hospital

Hospital Wanita & Kanak-kanak Melaka Bakal Dibina Tahun Depan

2.6K
SHARES

Wah, ada perkhabaran baik buat warga Melaka! Mesti ramai dah tahu betapa padatnya Hospital Melaka yang sekarang ni kan?

Disebabkan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan membina sebuah Hospital Wanita dan Kanak-kanak bernilai kira-kira RM500 juta mulai tahun depan.

Kerja-kerja Awal Sudah Dijalankan

Kata Dr Dzulkefly lagi, kerja-kerja awal untuk memohon peruntukan berjumlah RM200,000 daripada Unit Perancang Ekonomi telah dijalankan bagi melaksanakan proses awal pembinaan.

Menurut beliau, hospital tersebut dijangka mampu menempatkan sejumlah 440 buah katil bagi mengatasi masalah kesesakan di wad bersalin dan kanak-kanak hospital itu antara 35 hingga 40 peratus berbanding sekarang.

Tapak Bersebelahan Hospital Melaka

“Hospital wanita dan kanak-kanak (WCH) ini akan dibina di atas tapak seluas 3.1 hektar iaitu di atas tapak Kolej Pengajian Kejururawatan Melaka yang terletak bersebelahan Hospital Melaka.

“Kita harapkan kerja-kerja awal dapat dilaksanakan mulai tahun 2020 dan dalam anggaran tempoh dua atau tiga tahun iaitu antara 2022 atau 2023, ia bakal beroperasi,” kata beliau dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Melaka pada 22 April 2019.

Foto Kredit: Malay Mail

Bakal Siap 2022 / 2023

Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Melaka itu dijangka boleh mula beroperasi seawal tahun 2022 atau 2023 bagi mengatasi kesesakan di wad bersalin dan wad kanak-kanak di Hospital Melaka pada masa ini yang mencapai ‘bed occupancy rate’ 100 peratus.

Fuh, memang sesak tu!

4 Projek Naiktaraf Juga Telah Diluluskan

Dalam lawatan kerja tersebut, difahamkan Dr Dzulkefly juga telah mengadakan sesi dialog bersama kakitangan hospital bagi mengenal pasti kekangan-kekangan yang mereka hadapi dalam menjalankan tugas mereka.

Terdapat 4 buah projek di bawah RMK-11 bagi Hospital Melaka yang telah diluluskan oleh ​Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:

a) Projek Naiktaraf Bangunan Sedia Ada Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka;

b) Projek Naiktaraf Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Melaka dengan anggaran kos RM14 juta.

c) Projek Naiktaraf Sistem Bekalan Elektrik Hospital Melaka yang dijangka siap pada Oktober 2021 dengan anggaran kos RM29.8 juta; dan

d) Projek Naiktaraf Aras 2, Blok B kepada Wad Pediatrik dengan anggaran kos RM4.3 juta.

Dalam laman sosial beliau turut mengucapkan tahniah kepada staf Hospital Melaka yang menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit walaupun berdepan dengan situasi tempat kerja yang mencabar.

“Sungguh tersentuh dan insaf saya melihat komitmen dan kesungguhan staf hospital memberikan perkhidmatan kesihatan yg terbaik kpd pesakit, dalam situasi tempat kerja yg mencabar. Tahniah dan syabas kepada staf Hospital Melaka. Anda adalah the unsung heroes!”

SL: Tentunya inisiatif dan tindakan ini amat disambut baik oleh warga Melaka. Tak sabar nak dapat wad bersalin baru!

*Sumber berita: Dr Dzulkefly AhmadBernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×