Rakyat

Perdana Menteri Umum Skim Perlindungan Takaful Kesihatan Secara Percuma

290
SHARES

Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 atau mySalam yang menawarkan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma!

Ia  diperkenalkan sebagai satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 dengan memberi perlindungan perubatan dalam bentuk kewangan apabila berlakunya kecemasan atau masalah kesihatan. Skim ini dijangka akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat golongan B40 berusia antara 18 hingga 55 tahun yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Foto: Berita Harian

6 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Skim mySalam

1. Skim mySalam menyediakan perlindungan takaful kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).

2. Melalui mySalam, kerajaan akan membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan yang timbul akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa satu daripada 36 penyakit kritikal.

3. Penerima yang layak akan mendapat perlindungan kesihatan secara percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal merangkumi kanser, serangan jantung dan alzheimer.

4. Penerima skim mySalam akan mendapat bayaran ‘one-off‘ (sekali gus) sebanyak RM8,000 jika dikenalpasti menghidap penyakit kritikal.

5. Skim mySalam akan memberi bayaran harian RM50 sebagai pendapatan gantian jika penerima menjalani rawatan di mana-mana hospital kerajaan untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun atau bersamaan dengan RM700 setahun.

6. Skim mySalam bermula pada 1 Januari lalu dan penerima B40 yang layak boleh membuat tuntutan mulai 1 Mac nanti.

Skim mySalam ini diperkenalkan dengan sumbangan sebanyak RM2 bilion daripada syarikat insurans dan takaful Great Eastern.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×