Famili

HONOR MagicBook 15 Komputer Riba Mesra Penglihatan Mata, Berkuasa, Kompak & Tahan Lasak!

28
SHARES

Anda perlukan komputer riba untuk work from home kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan semula? Ha! Kebetulan HONOR lancarkan komputer riba terbaru keluaran mereka iaitu HONOR MagicBook 15 dengan harga mampu milik.

Memiliki spesifikasi yang tinggi, komputer riba ini di lihat mampu memenuhi keperluan anda yang bekerja mahupun pelajar untuk menjalankan tugasan yang diberikan.

HONOR tawar hadiah bernilai RM300 dengan setiap pembelian MagicBook 15!

Istimewa untuk semua, sempena pelancaran komputer riba HONOR MagicBook 15 hari ini, HONOR nak belanja anda hadiah bernilai RM 300 yang terdiri daripada sebuah beg galas komputer riba, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR bila anda buat pembelian komputer riba tersebut hari ini juga.

Bukan itu sahaja, hari ini juga merupakan hari pelancaran gelang pintar HONOR Band 6. Bagi kanda yang berminat untuk untuk melihat kedua-dua produk ini dengan lebih dekat, anda boleh berkunjung ke HONOR Experience Stores di seluruh negara.

Sistem pemprosesan lebih power!

Menariknya, HONOR MagicBook 15 dilengkapi dengan pemproses terbaru Generasi 11 Intel Core i5 serta WIFI-6. Ini membolehkan anda mengakses file dengan lebih mudah dan pantas. No more loading! 

Nak anjurkan persidangan secara dalam talian melalui video atau audio juga, tak jadi masalah. Tak ada lagi isu buffering  dengan adanya sistem WIFI-6.

Spesifikasi tinggi, mesra pengguna!

Uniknya, skrin komputer riba HONOR MagicBook 15 ini memiliki keluasan skrin 15.6 inci dengan resolusi 1920X1080. Skrin ini mendapat persijilan cahaya biru Rendah TUV Rheinland kerana ciri-ciri ini diperakui mampu menjaga kesihatan mata daripada cahaya biru. Jadi, anda tak perlu risau jika perlu meluangkan masa yang panjang dihadapan skrin kerana komputer riba ni mesra untuk penglihatan mata.

Selain itu, komputer riba HONOR MagicBook 15 hadir dengan gamut warna sRGB 100%, ianya juga dilengkapi dengan storage yang besar sebanyak 16GB RAM DDR4 & storan dalaman 512GB PCIe NVMe SSD.

Memiliki saiz yang kompak dengan ketebalan 16.9mm, berat HONOR MagicBook 15 hanya 1.56kg. Mudahlah anda nak bawa komputer riba ini kemana-mana saja. Baterinya juga tahan lama dan kadar pengecasan pantas iaitu mencapai 46% selepas pengecasan selama 30 minit.

Lebih besar, gelang pintar HONOR Band 6 tawar fungsi pelbagai!

Buat anda peminat gelang pintar, HONOR menawarkan model terkini gelang pintar HONOR Band 6 yang menawarkan skrin lebih besar AMOLED 1.47 inci dengan resolusi 368X194.

Saiz skrinnya 148% lebih besar daripada generasi peranti sebelumnya dan juga jenama gelang pintar lain di pasaran. Ini memudahkan pengguna membaca maklumat yang dipaparkan pada skrin dengan jelas.

HONOR Band 6 amat disyorkan buat anda yang mementingkan kesihatan dan kecergasaan badan. Memiliki sensor 6-paksi dan fungsi 10 mod senaman, mudah la untuk anda gunakan ketika bersenam.

Berkebolehupayaan memantau degupan jantung selama 24 jam pada masa sebenar serta mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2), gelang pintar ini sesuai digunakan dalam situasi Covid-19 sekarang. Antara ciri tambahan lain ialah kemampuan mengawasi kitaran haid yang membantu golongan wanita memantau waktu kesuburan, kitaran dan simptom fizikal.

Mampu milik oleh semua!

Untuk pengetahuan anda, harga yang ditawarkan untuk HONOR MagicBook 15 ialah RM3699 manakala HONOR Band 6 adalah RM189 dan boleh kedua-dua barangan ini boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Berminat nak dapatkan HONOR MagicBook 15 dan HONOR Band 6? Anda boleh singgah ke HONOR Experience Stores di seluruh negara atau buat pembelian secara dalam talian di Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Official Store hari ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×