Asuh

Hari-Hari Gosok Gigi Anak Tapi Tetap Rosak? Doktor Kongsi 14 Punca Mengapa

52
SHARES

Kerosakan atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut. Untuk mengelakkan gigi anak rosak, disarankan agar membersihkan gigi dan gusi secara kerap bagi mengurangkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Walau bagaimanapun, ada juga masalah gigi anak tetap rosak meskipun digosok setiap hari dan dijaga dengan elok. Kenapa boleh jadi macam itu pula? Ikuti perkongsian doktor gigi ini.

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Pilih Bentuk Berus Gigi Yang Tepat Untuk Anak Kecil

HARI-HARI GOSOK TAPI GIGI ANAK ROSAK? INI PUNCANYA

GIGI ANAK ROSAK

Berikut saya senaraikan beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa yang menjadi punca kepada berlakunya kerosakan terhadap gigi anak sama ada dilakukan secara sedar mahupun tidak sedar:

1. Membiarkan anak minum susu botol sehingga tertidur bersama-sama botol susu di dalam mulut.

2. Menambahkan gula/madu ke dalam susu.

3. Memberi anak minum minuman manis yang lain selain daripada susu menggunakan botol.

4. Masih membiarkan anak minum susu menggunakan botol walaupun usia anak telah melebihi 2 tahun .

5. Tidak membiasakan anak minum air masak/air kosong selepas anak selesai menyusu (bagi yang berumur 6 bulan ke atas).

6. Merasa makanan atau minuman terlebih dahulu dan menyuapkan ke dalam mulut anak menggunakan sudu yang sama.

7. Meniup makanan atau minuman yang panas dengan bibir untuk menyejukkannya sebelum menyuapkan ke dalam mulut anak.

8. Berkongsi sudu atau garpu dengan anak ketika makan.

9. Tidak memantau/mengehadkan pengambilan serta kerap memberikan makanan ringan/snek/coklat/gula-gula kepada anak di antara waktu makan utama.

GIGI ANAK ROSAK

10. Tidak membersihkan gigi serta mulut anak di bawah usia setahun menggunakan tuala basah selepas anak menyusu terutama pada waktu malam sebelum tidur setiap hari.

11. Tidak membantu anak yang berusia 1 tahun ke atas memberus gigi mereka setiap hari atau membiarkan mereka memberus gigi dengan sendiri.

12. Tidak menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida untuk memberus gigi anak.

13. Tidak memeriksa sendiri mulut dan gigi anak di rumah secara berkala.

14. Tidak membawa anak ke klinik gigi untuk pemeriksaan seawal usia anak 6 bulan atau selewat-lewatnya setelah gigi pertama anak tumbuh.

Cuba lihat kembali, ada tak di antara senarai di atas yang pernah atau masih anda lakukan terhadap anak kecil anda? Jika ya, mungkin itulah yang menjadi punca kenapa gigi anda mudah mengalami kerosakan gigi.

Jadi kepada semua ibu bapa mari kita sama-sama berusaha untuk menghindari daripada melakukan kesilapan-kesilapan di atas ya. Kerosakan gigi anak sebenarnya boleh dicegah jika kita tidak melakukan kesalahan-kesalahan di atas sejak dari awal usia anak iaitu sebelum gigi pertama mereka tumbuh.

Bagi anda yang mempunyai anak yang sudah pun mengalami kerosakan, jangan terlalu risau. Segeralah bawa anak anda ke klinik gigi berhampiran bagi membolehkan doktor gigi memeriksa keadaan gigi anak anda. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Doktor Mohd Khairul Izwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×