Asuh

Cikgu Dapat Hadiah Set Ulam, Buah & Sayur Dari Murid, Tersentuh Jiwa Bila Tengok!

4
SHARES
hari guru 2024

Sempena sambutan Hari Guru 2024 semalam, ramai dalam kalangan guru berkongsikan hadiah yang diterima ketika sambutan di sekolah masing-masing. Bermula dari hadiah yang ringkas sehinggalah hadiahkan gelang emas kepada guru, ada satu perkongsian guru di laman Tiktok yang berkongsikan dirinya mendapat ulam-ulaman sebagai hadiah.

Bukan sahaja hadiah tersebut dijadikan sebagai tanda ingatan bahkan, boleh terus dimakan dan dimasak!

Baca juga: 10 Idea Menu Jamuan Hari Raya Untuk Sekolah Anak, Memang Cikgu Puji!

DAPAT SET ULAM-ULAMAN SEMPENA HARI GURU 2024, TERHARU CIKGU!

hari guru 2024

Video tular yang memaparkan gelagat murid-murid dari SK Pos Bersih, Slim River, Perak ini mendapat pujian ramai apabila mereka memberikan ulam dan bahan memasak seperti bunga kantan, cili padi, pucuk paku dan pucuk ubi. Bukan sahaja secara kreatif dijadikan sebagai jambangan, ada yang turut memberi buah-buahan yang ditanam di rumah serta kuali kepada guru.

Mungkin ini dianggap bukan barangan mewah namun, ketulusan dan keihklasan para murid sebagai tanda ingatan kepada guru ini sangat bermakna. Malah, ramai dalam kalangan warganet terharu dengan penghargaan murid-murid ini dan mengingatkan mereka dengan buku matapelajaran Bahasa Melayu zaman sekolah sekitar tahun 2007-2008, Antologi Sehijau Warna Daun dengan cerpen bertajuk Hadiah Hari Guru.

Dalam cerpen yang menyentuh hati tersebut turut menceritakan tentang murid Tahun 5 bernama Ramli, yang ingin memberikan hadiah sempena Hari Guru namun tidak mampu seperti rakan yang lain. Ramli walaubagaimanapun tetap menghadiahkan gurunya ulam pucuk janggus.

hari guru 2024

Begitu gembira rasanya diri seorang guru apabila mendapat hadiah tidak kira mahal atau murah dari anak muridnya yang ikhlas. Semoga dengan kisah ini dapat membangkitkan lagi semangat para guru dalam mendidik anak bangsa dan melahirkan generasi yang berkualiti.

*TERIMA KASIH CIKGU!

@misaikeli88 Sukanyaaaa kita hikhikhik #hadiahhariguru ♬ Favourite Thing – Yuna

Baca juga: Budak 6 Tahun Positif Kanser Mata, Dapat Tahu Dari Silau Lampu!

Sumber: Tiktok @misaikeli88

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×