Famili

Mak Ayah Tak Reda Anak Bahagia Dengan Isteri, Sanggup Hantar Sihir Pemisah

3
SHARES
HANTAR SIHIR PEMISAH

Sebagai ibu bapa sudah tentunya gembira apabila melihat anak mendirikan rumah tangga bersama insan yang dipilih. Namun lain pula berlaku apabila ada ibu ayah sanggup hantar sihir pemisah demi merosakkan kebahagian anak.

Perkara ini dicerita sendiri oleh pengguna Facebook bernama Qiqi. Dia sungguh tidak menyangka ada ibu ayah yang sanggup melakukan perkara sedemikian.

Baca juga: Suami Isteri Selalu Bergaduh Rupanya Sebab Rumah Kotor, Tak Sangka!

HANTAR SIHIR PEMISAH SEBAB TAK MINAT TENGOK ANAK BAHAGIA

HANTAR SIHIR PEMISAH

Jelas Qiqi, ibu bapa mula sakit hati dan iri hati apabila melihat anak lelaki mereka membeli macam-macam barangan untuk isteri tercinta. Kebencian tersebut membuatkan kedua-duanya bertindak untuk melakukan perkara syirik iaitu hantar sihir.

“Kadang-kadang tak faham segelintir mak ayah yang tak boleh lepaskan anak mereka selepas berkahwin. Bila lihat anak bahagia dengan isteri, beli macam-macam mula rasa sakit hati dan sanggup mensyirikkan Allah,” katanya.

Sihir pemisah yang dihantar oleh ibu bapa tersebut membuatkan anak mereka dan isterinya  sering bertengkar dan hubungan menjadi semakin renggang.

Tambahnya lagi, hubungan kelamin pasangan suami isteri turut terganggu kerana apabila mereka ingin bersama, si isteri akan mengalami sakit di bahagian bawah perut iaitu ari-ari.

“Hubungan jadi panas, tak boleh langsung nak dekat. Bila dekat mesti bergaduh, sampaikan hubungan kelamin pun dikacau. Bila nak bersama, mesti sakit bahagian ari-ari. Kesian menantu menanggung azab,” tulisnya.

Lebih mengejutkan, sihir tersebut dihantar melalui tuala wanita untuk si menantu dan anak sendiri pula agar mendengar kata. Pelbagai jenis sihir dihantar kepada mereka berdua demi memisahkan suami isteri terbabit.

“Pada ibu bapa di luar sana, redalah bahawa anak anda sudah memilih kebahagian bersama pasangan hidupnya. Kasihan si anak dan menantu terpaksa menanggung sengsara kerana kejahilan dan kejahatan atas perbuatan syirik tersebut. Bertaubatlah,” nasihatnya.

*Semoga kita semua dijauhkan dengan perkara begini dan mendapat kebahagiaan yang dicari. Amin…

Baca juga: Isteri Boros Habiskan Gaji Sendiri, Suami Serabut Kena Beli Barang Rumah

Sumber: Facebook Qiqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×