Nur

Bukan Hanya Perubahan Akhlak, Ini 6 Tanda Lain Anda Dikurniakan Haji Mabrur

26
SHARES
HAJI MABRUR

Haji mabrur sudah tentunya impian setiap tetamu Allah yang diberi peluang untuk menunaikan rukun Islam kelima ini. Namun, tidak semudah itu untuk diperolehi kerana pelbagai ujian akan dihadapi.

Rasulullah SAW bersabda: Haji mabrur (penuh kebajikan) lebih baik daripada dunia dan segala isinya serta haji mabrur tiada balasan kecuali syurga. (Hr Bukhari)

Baca juga: Sedih Kematian Bayi, Ini Cara Solat & Doa Jenazah Anak Lelaki Serta Perempuan

HAJI MABRUR ITU MACAM MANA? INI TANDANYA

HAJI MABRUR

Jadi, tanda anda dimakbulkan haji mabrur adalah seperti di bawah:

1. Membuat amalan baik

Antara tanda haji mabrur adalah melakukan amalan baik sesuai dengan tuntutan Nabi Muhammad SAW. Jangan sesekali meninggalkan segala amalan wajib seperti ditetapkan olehNya.

Jika ada membuat kesalahan, maka hendaklah segera melakukan solat taubat dengan seikhlas hati agar diterima oleh Allah SWT.

Tanda orang mendapat haji mabrur akan memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, tahajud, solat jemaah dan sunat serta mengimarahkan masjid.

2. Bayar haji guna duit halal

Selain itu, menurut Penceramah bebas, Halim Din, beliau menyatakan haji mabrur juga dapat dilihat melalui sumber kewangan yang dibayar ketika ingin menunaikan haji. Ini bermakna anda perlu memastikan wang tersebut daripada sumber halal.

Individu yang mahu menunaikan haji juga perlu memastikan perbelanjaan cukup kepada ahli keluarga ditinggalkan seperti anak isteri.

3. Lebih fokus ketika beribadat

Seterusnya, para jemaah juga dinasihatkan agar lebih fokus ketika beribadat di sana dan tinggalkan ‘dunia’ media sosial untuk seketika.

Jangan ada perasaan riak atau takbur ketika berada di sana kerana ini tidak selari dengan niat ketika menunaikan haji.

4. Kawal emosi

Tanda haji mabrur juga adalah sentiasa menjaga percakapan di sana dan tidak mudah memarahi atau berkelahi dengan orang lain.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa melaksanakan haji semata-mata kerana Allah, lalu dia tidak menuturkan (perkataan) keji dan tidak melakukan fasik (keluar daripada ketaatan), dia akan kembali kepada keadaannya seperti baru dilahirkan ibunya (bersih daripada dosa).” (HR Bukhari, Muslim, Nasaie dan Ibnu Majah)

5. Elak buat maksiat

Maksiat dilarang dalam agama kita dalam semua keadaan. Dalam kondisi ihram, larangan tersebut menjadi lebih tegas, dan jika dilanggar, maka haji mabrur yang diimpikan akan ‘terlepas’.

6. Memberi manfaat kepada orang lain

Tanda haji mabrur akhir sekali adalah sentiasa memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain seperti suami, isteri, anak dan ahli keluarga sama ada ketika berada di sana atau sudah pulang.

Semoga semua jemaah haji 2024 dianugerahkan haji yang mabrur.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Hafal Al-Quran, Satu Keluarga Boleh Cuba!

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×