Famili

Kalau Nak Haid Mula Teratur & Datang Awal, Boleh Amalkan 8 Makanan Ini

14
SHARES
HAID DATANG AWAL

Para wanita di luar sana jika anda mengalami datang bulan tidak teratur dan ingin haid datang awal, boleh cuba beberapa makanan seperti perkongsian di bawah.

Senarai makanan di bawah ini berfungsi sebagai ‘penjana haba’ dan secara tidak langsung membolehkan haid datang awal. Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Pakar Fisioterapi Kongsi Cara Nak Check Slip Disc, Kalau Sakit Tandanya Ada!

NAK HAID DATANG AWAL? BOLEH AMALKAN PETUA INI

HAID DATANG AWAL

1. Nanas segar

Nanas segar adalah sumber yang kaya dengan bromelain di mana ia mampu mempengaruhi estrogen dan hormon lain. Makan nanas segar boleh membantu haid datang awal.

2. Biji ketumbar

Sekiranya anda mengalami datang bulan tidak teratur dan ingin haid datang awal, caranya adalah dengan mengamalkan teh biji ketumbar.

Caranya adalah rebus satu sudu teh biji ketumbar bersama dua cawan air sehingga air rebusan berkurangan kepada satu cawan air. Amal minuman ini 3 kali sehari.

3. Buah delima

Buah delima membantu untuk merangsang haid datang awal. Caranya adalah dengan minum jus delima sekurang-kurangnya 3x sehari antara 10-15 sebelum tarikh datang bulan.

4. Saderi

Selain itu, untuk datang haid awal anda juga boleh mencuba minum jus saderi. Ini kerana ia berfungsi merangsang aliran darah ke pelvis dan rahim.

5. Kunyit

Petua haid datang awal selanjutnya adalah menggunakan kunyit yang boleh dimakan secara mentah atau dibancuh dalam teh. Kunyit bukan sahaja mempunyai sifat anti-radang ia juga boleh membantu melancarkan darah.

6. Haid datang awal – kurma

Buah kurma bukan sahaja makanan sunnah yang mampu memberi tenaga namun ia juga boleh membantu merangsang pendarahan haid. Pengambilan susu kurma semasa haid juga digalakkan kerana ia boleh membantu melegakan senggugut.

7. Vitamin C

Haid datang awal dan teratur dengan makan makanan berasaskan vitamin C kerana ia boleh meningkatkan tahap estrogen. Ia juga mengurangkan tahap progesteron yang memecahkan dinding rahim.

Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti brokoli, lada benggala dan tomato boleh diamalkan setiap hari.

8. Betik yang belum masak

Kajian pada tahun 2021 mendapati bahawa makan betik yang belum masak mampu mengawal pembiakan hormon manusia dan membuatkan haid datang awal.

Kesimpulannya, amalkan makanan di atas untuk haid datang awal sekiranya anda mengalami masalah tidak teratur.

Baca juga: Dah Masuk Umur 40-an Kulit Masih Tak Kedut, 6 Petua Ini Memang Menjadi!

Sumber: Healthline & Scoopify

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×