Asuh

7 Tips Latih Anak Berpuasa Penuh Sebulan Ramadan

59
SHARES

Melatih anak-anak untuk berpuasa bukan perkara yang mudah untuk dilakukan oleh semua ibubapa. Tahu sahajalah perangai anak-anak kecil ini dimana mereka akan merungut perut lapar tak sampai satu jam tahan perut. Jadi, bagaimana untuk mak ayah nak mudahkan cara supaya anak boleh tahan berpuasa selama sehari? Jom ikuti langkah dari si ayah ini.

7 Tips Mudah Nak Bagi Anak Puasa Penuh Sebulan Ramadhan

1. Pastikan anak kita rasa teruja nak masuk bulan Ramadhan

Ceritakan keindahan Ramadhan dan ajak anak solat terawih pada malam pertama supaya anak boleh rasa betapa indahnya suasana malam Ramadhan.

2. Mulakan secara berperingkat

Walaupun anak cuma mampu 1 jam je sehari pun takpe. Yang penting anak mampu berpuasa 1 jam sehari selama 30 hari. Itu lebih bermakna daripada anak puasa 14 jam tetapi sehari sahaja puasanya.

3. Puji memuji

Puji abang dan kakaknya yang dah berjaya puasa penuh di depan anak kita tu. Barulah hati anak kita berbunga bunga nak jadi seperti abang dan kakaknya.

4. Sediakan juadah kegemaran anak kita semasa bersahur dan berbuka.

Kita mesti tahu kan lauk pauk yang paling anak kita suka kan? Kalau boleh biar anak ternanti nanti dan tak sabar untuk tunggu waktu sahur dan waktu berbuka tu.

5. Makanan sahur yang enak

Sediakan makanan sahur yang buat anak kita kenyang dan tahan lapar lebih lama seperti kurma, telur, oat, biskut, sup, madu, buah epal dan air kosong yang secukupnya.

6. Sorokkan makanan kegemaran anak kita

Bayangkan anak yang tengah kelaparan semasa berpuasa tanpa sengaja ke dapur dan ternampak biskut favourite mereka sedang tersusun rapi di atas rak dapur. Agak-agak berkeroncong dan berdendang sayang tak perutnya?

7. Elakkan ransangan berbentuk visual pada anak kita

Anak tengah lesu terbaring kelaparan pun kita boleh pulak tengok cerita Ketuk-Ketuk Ramadhan dan Jalan-Jalan Cari Makan kan. Si Bapak yang tertengok pun boleh terkurang iman apatah lagi anak kecil yang masih tengah belajar menahan lapar kan?

*Jom kita latih anak kita berpuasa. Kita jangan tengok anak orang lain kerana lain anak lain perkembangan dan penerimaannya. Jom!

p/s : Waktu terbaik nak ajak berpuasa adalah pada umur 7 tahun mengikut Qiyas daripada suruhan mengerjakan solat.

p/s : Tips extra : Banyak ajak bermain pun boleh alihkan fokus anak pada rasa lapar mereka ye dan boleh klik link ni untuk belajar lebih lagi tentang anak-anak.

Sumber : Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×