Rakyat

Gara-Gara Terlanggar Babi, Isteri Maut Manakala Suami Cedera Parah

102
SHARES

Malang tidak berbau. Itulah perumpamaan yang boleh menggambarkan situasi kehidupan kita. Sebab itulah, dimana sahaja kita berada, kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku dan perlu sentiasa berhati-hati. Begitu juga dengan tragedi kemalangan menyayat hati melibatkan pasangan suami isteri kerana terlanggar seekor babi.

Baca juga: Kanak-Kanak Usia 7 Tahun Maut Digilis Van Sekolah

TERLANGGAR BABI, ISTERI MAUT MANAKALA SUAMI CEDERA PARAH

Satu kejadian kemalangan di Kuala Pilah apabila seorang wanita berusi 35 tahun maut akibat motosikal yang diboncengnya bersama suami terbabas dipercayai terlanggar seekor babi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum terbabas di Kilometer 2 Jalan Air Mawang-Renggoh pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8:15 pagi itu, mangsa membonceng motosikal jenis Suzuki Smash yang ditunggang oleh suaminya.

Wanita tersebut maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala, termasuk suaminya yang juga mengalami cedera parah di kepala telah dibawa ke Hospital Tampin.

Pasangan suami isteri tersebut dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Melekai, Johol menuju ke tempat kerja di kedai makan di Kampung Air Mawang.

Gambar hiasan.

“Sebaik sahaja sampai di tempat kejadian, motosikal mereka telah melanggar seekor binatang dipercayai babi yang sedang melintas menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di atas jalan”, kata Superintendan Amran Mohd Ghani dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Pilah untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×