Semalam, tular sebuah rakaman kamera litar bertutup (CCTV) memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut apabila dilanggar van sekolah yang dinaikinya dalam kejadian di hadapan sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi pada Jumaat.
Baca juga: [VIDEO] “Berderau Darah”- Aksi Kanak-Kanak Panjat Pagar, Berdiri Luar Balkoni Undang Risau!
KANAK-KANAK MAUT DIGILIS VAN SEKOLAH
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari itu, mangsa yang baru pulang dari sebuah sekolah kebangsaan dihantar ke tadika tersebut sebelum pergi ke Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Menurutnya, selepas selesai menurunkan kesemua pelajar, van sekolah dipandu wanita tempatan berusia 31 tahun itu bergerak ke hadapan dan terlanggar mangsa yang pada masa sama sedang melintas.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke unit kecemasan Nilai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang semasa menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bukan itu sahaja pemandu van berkenaan sedang dirakam percakapan dan siasatan sedang dijalankan.
Rakaman video yang tular:
Sumber: Sinar Harian, Kelantan Inside