Rakyat

Gara-Gara ‘Kantoi’ Sihir Majikan, Pembantu Rumah Diusir & Dipenjara

108
SHARES

Perbuatan keji akhirnya makan diri, seorang wanita juga pembantu rumah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dihadapkan ke Mahkamah Dubai kerana didakwa menggunakan sihir bagi menundukkan majikannya.

Baca juga: Pemuda Alami Kecacatan Kekal Kemaluan Sewaktu Berkhatan, Dapat Ganti Rugi RM3.1 Juta

GARA-GARA ‘KANTOI’ SIHIR MAJIKAN, PEMBANTU RUMAH DIUSIR & DIPENJARA

Gambar hiasan – Daily Express

Memetik berita Harian Metro, sumber Gulf News melaporkan, wanita itu disyaki melakukannya dengan niat mendapat layanan lebih baik daripada majikannya.

Pendakwa Raya, Fahad Abdulkareem dari Pendakwaan Bur Dubai dalam hujahnya memaklumkan, mangsa mengesyaki tertuduh mengamalkan ilmu hitam kerana dia berasa letih dari segi mental dan fizikal serta menyedari beberapa kelakuan aneh pekerjanya itu.

“Mangsa memerhati gerak geri tertuduh ketika menjadi pembantu rumahnya untuk beberapa ketika dan pernah terdengar wanita itu menyebut perkataan dalam bahasa pelik ketika berada di dalam tandas.

“Bagi mendapat kepastian, mangsa memeriksa telefon bimbit tertuduh dan menemui gambar berkaitan sihir dan ilmu hitam selain mesej perbualan dengan seseorang di negara asalnya, memintanya mencipta mantera,” katanya.

Bukan itu sahaja, mangsa mendapati tertuduh menerima kiriman patung yang dihantar oleh seseorang .

“Mangsa terjumpa gambar anak patung dengan perkataan pelik.

“Apabila disoal, tertuduh menafikannya namun sehelai kain dengan kesan darah turut ditemui dalam simpanan wanita itu,” katanya.

Gambar hiasan – Klik Dokter

Akhirnya, tertuduh mengaku menggunakan sihir ke atas majikannya ketika disoal siasat selepas dia ditahan.

Malah, wanita itu memaklumkan menghubungi seorang saudara di negara asalnya untuk mendapatkan khidmat seorang lelaki arif dalam hal agama.

“Saudaranya meminta tertuduh membayar 200 dirham (kira-kira RM230) untuk mendapatkan mantera bagi mendapat layanan yang baik daripada majikannya.

“Dia juga menghantar gambar anak patung kepadanya di WhatsApp, mendakwa ia akan memberi kesan yang baik terhadap tingkah laku majikannya terhadapnya,” katanya.

Tertuduh turut memberitahu, mengenai kain berlumuran darah yang ditemui di biliknya adalah sebahagian daripada mantera untuk melindungi perkahwinannya. Ia bagi mengelakkan suaminya tidak berkahwin lain semasa ketiadaannya.

Berikutan kesalahan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara sebulan, diikuti dengan pengusiran.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×