Setelah dua bulan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, banyak pusat perniagaan seperti kedai dan pusat membeli-belah menghentikan operasi secara sementara. Hal ini juga bertujuan untuk memudahkan proses sanitasi awam yang dijalankan oleh kerajaan bagi sesi menyahkuman.
Namun, semalam terdapat banyak perkongsian gambar di laman media sosial dimana kita dapat lihat kesan dari PKP ini banyak barang di pusat membeli-belah sudah rosak! Kenapa sampai begitu?
BERKULAT BARANG-BARANG YANG DIJUAL
Hal ini kerana dengan penutupan sementara di pusat membeli-belah, sistem pengudaraan yang tidak baik boleh menyebabkan barangan yang ada di dalam bangunan tersebut mudah rosak terutama sekali barangan kulit.
SELEPAS PROSES NYAHKUMAN
Proses sanitasi awam juga dapat memberi kesan kepada barangan yang dipamerkan kerana kandungan alkohol yang tinggi. Memang sayang betul tengok gambar kasut-kasut yang masih baru tetapi sudah berkulat.
Mungkin seluar selepas dibasuh akan jadi elok seperti baru?
*Ramai juga dalam kalangan orang ramai yang menantikan barangan ini dijual dengan harga durian runtuh. Ada yang berminat nak beli nanti?
Sumber: Nippon Goh