Kenyataan pelakon filem Pisau Cukur, Nur Fazura menjadi tanda tanya apabila dia sempat mohon doa untuk hamil anak lelaki kepada kanak-kanak.
Menerusi video pendek tersebut, Fazura ketika itu berada di sebuah majlis dan sedang bergambar dengan seorang wanita tiga kanak-kanak.
Baca juga: Keluarga Mentua Punca Rumah Tangga Retak, Ini Cara ‘Heret’ Mereka Ke Mahkamah Syariah
FAZURA MOHON DOA UNTUK HAMIL ANAK LELAKI UNDANG TANDA TANYA
Sebelum bergambar, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu mengelurkan kenyataan tersebut sambil mengusap perutnya.
“Doakan aunty dapat baby boy ya,” ucap Fazura kepada kanak-kanak itu.
Tindakan Fazura sudah pastinya membuatkan warganet tanda tanya terutama selepas dia sah bercerai talak satu dengan aktor Fattah Amin pada 8 Oktober lalu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sebak dan simpati dengan harapan penyanyi berusia 41 tahun itu.
“Ala kesian Fazura, dia rancang nak anak lagi tapi takdir tetapkan lain pula. InsyaAllah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
“Semoga satu haru nanti Fazura ditemukan jodoh yang baik-baik dan dapat menimang bayi lelaki. Cuma kenapa perlu cakap macam itu, buat ramai yang keliru,” komen pengguna TikTok di dalam video tersebut.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun
Baca juga: Panduan Gred Markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Rupanya Markah 80% Dalam Gred B
Sumber: TikTok Skaies & Hib Glam