Bagi yang suka travel dan makan, Hatyai merupakan antara destinasi yang sering dikunjungi kerana dikenali sebagai ‘syurga makanan’. Selain tempatnya yang berjiran dengan Malaysia, kalau dikira dari segi kos pula masih murah. Makanan di sana juga banyak pilihan dan tempat makanan halal. Selain itu, Hatyai adalah antara destinasi pelancongan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi, ibu sedang hamil ini telah kongsi itinerari percutiannya ke Hatyai bersama dua orang anak kecil menaiki ETS ala-ala percutian jalan-jalan cari makan.
4H3M KL – HATYAI NAIK ETS TRAIN
Hi korang !! Finally full story pasal trip mia & family ke Hatyai from KL 2020 is ready. Ramai tanya macam-macam so mia jawab kat sini terus ok. Kami berempat Mia (pregnant 6months, husband and kids 5&4 tahun) Trip 3 Jan -6 Jan 2020. Sebab selalu blogger share trip bujang je kan nahh kalini BAWA KIDS !! Kami tak suka follow tour guide sebab tak nak terikat dengan masa diorang. Bawa budak ni lain mood tak tentu so decide gerak sendiri je . Korang boleh cuba!! Baca sampai habis ok.
ITINERARI UNTUK FOOD HUNTING DI HATYAI
Okay kita straight foward terus tak nak panjang cite ok. Ni mia share just itinerary untuk yang nak FOOD HUNTING sahaja . Nak shopping korang boleh adjust bajet memasing . Mahal
ke murah bagi I murah compared naik flight.
First thing kena beli tiket ETS dulu , beli online je dia ada APPS KTMBmobile . Pilih origin and destinasi PADANG BESAR . Kalau mia dari KL SENTRAL – PD BESAR ada dua harga RM 76 & rm102 utk dewasa , RM 42 & 55 utk kanak-kanak. So of course beli yang tix murah RM 76& RM 42 tu (Gold murah , Platinum mahal) perjalanan 5 jam ye. Jangan risau dalam tu ada surau, tandas and mini cafe.
Tix 7am dari KL – 1pm Padang Besar. RM 76 x 2 parent, RM 42 x 2 kids. Total tix = RM 236 pergi Padang Besar. Kat sini silap mia tak beli tix balik terus , esok baru beli tix murah DAH HABIS!! Tinggal RM 102 & RM 55 saja. Rugi banyak kan. So korang beli siap-siap okay pergi balik . Kita beli la juga karang tak balik KL pulak kan.
Tix – Pdg besar 3.40pm smpai KL sentral 9pm. RM 102 x 2 parent, RM 55 x 2 kids. Total tix = RM 314 balik KL. (Rugi RM 78). Apa beza harga tu korang google sendri ok and nak pilih coach pon ada tips sila google. Better beli seat facing each other kalau bawa kids . Klu couple tak kisah!
Hotel mia booked kat Agoda , Udee Living Space betul-betul sebelah Greenway Night Market RM 313/3malam. Hotel ni memang recommended sebab bersih, just jalan kaki ke night market diorang . Baca review dulu sebelum book ok. Passport JANGAN LUPA BAWA.
Day 1 : Friday
6am – Dari rumah ke Kl sentral utk naik ETS Train, 7am terus masuk train duduk tmpt ikut tix and sampai Padang Besar 1pm . Sepanjang dalam tu korang tidur jela . 5jam(bawa makanan siap-siap dari rumah, kat situ ada cafe mahal sikit).
2pm – Sampai Pdg Besar, ramai agent van akan approach. Mmg plan nk naik van so RM 20 per head kami kena RM 60/4 orang untuk dia hantar ke Hotel @ any first destination korang . Van akan bawa korang siap-siap cop kat Imigresen Malaysia & Thai. Then baru gerak. Macam kami ke Kai Tod Decha dulu untuk lunch . Sejam perjalanan dari Pdg Besar – Hatyai . Kalau korang nak jimat naik keretapi lama diorang RM 7 per person cuma kena tuggu 2jam la sebab ikut jadual. Since kami bawa kids kami terus naik van senang cerita. Malas tuggu lagi wei. Oh ya sediakan RM 2 per person untuk cop imigresen thai . RM 8/4 orang (tak tau ni wajib ke tak kitorang bayar je).
Beli simkad masa kat Padang besar so tak payah register rm20/8hari unlimited.
3pm – Lunch Kai To Decha spent RM 25 makan.
4pm – ke hotel pakai grab thai RM 12 and checkin hotel for rest refreshing sebelum food hunting malam.
8pm – Heading Asean Night Bazaar kami jalan kaki 5min dari hotel utk dinner , balik tak larat pula nak jalan kaki so naik tuktuk (biasalah mak buyong dah kenyang) RM 42 makan. Baju 2 helai RM 33. Mainan RM 43 (terpaksa beli ya). Tuktuk balik hotel 4 org RM 8.
Damage : RM 218.
Day 2: Saturday
Setelah kira-kira naik grab maybe akan spent around RM 80-90 sehari . So kami decide sewa scooter (contact dari hotel) so sewa RM 47/1hari full tank and dapat diskaun RM 88 /2hari. Jimat bukan? So boleh gerak ikut suka hati korang . Kami berempat muat tau walaupon mia mak buyong ni.
9am : Sarapan Dimsum chabura RM 27.
11am : Kimyong Market (shopping kacang) RM 90. kena pandai tawar jangan bayar je harga diorang sebut.
1pm : Balik hotel rest sebab panas lit-lit anak merungut panas dah.
3pm : Khlong Hae floating Market (makan) makan RM 30 + RM 26 hadiah + RM 27 kacang. Better datang awal kalau tak nak sesak. Nanti meja penuh you alls. Nak datang malam pon ok je.
5pm : Balik hotel rest bagi anak-anak tidur dulu (untung naik moto kan boleh balik rest ikut suka)
8pm : Hatyai walking street spent RM 116 (souvenirs RM 16+ food+buah+ milo RM 100) kat sni wajib pegi!!
10pm : Balik hotel tidur.
Damage: RM 404.
Day 3 : Sunday
Kami decide skip breakfast and terus lunch .
12pm : Lunch at Kai Tod Decha RM 30.
2pm : Central Festival City mall bawa anak-anak main playground spent RM 13 beli coin.
4pm : Balik hotel bagi anak-anak tidur rest.
8pm: Asean night market makan RM 27 dinner + pedicure Green Way RM 20 + RM 3 jajan.
10pm : Balik hotel tidur!
Damage : RM 93.
Day 4 : Monday
11am : Checkout hotel terus lunch naik grab ke restoran utk lunch grab cost RM 12. Makan cost RM 30
1pm : Naik van dari Hatyai ke Padang besar RM 60/4 org sejam perjalanan.
3.40pm : Train ke KL sentral tiba untuk berlepas.
9.30pm : Sampai KL sentral .
Damage : RM 102.
GRAND TOTAL = RM 1680
Settle !! Untuk couple / bujang group korang boleh je pergi 3H2M sebab boleh padatkn itinerary tapi kami bawa kids and tak nak push sangat diri dengan full trip . (sila pergi Jumaat – Ahad) hari biasa banyak tempat tutup. Kami pergi 4 hari sebab tak nak stresskan kids dengan jadual padat. Apa-apa pon sebelum ke sini Google tempat-tempat mia mention tu. Tuktuk and grab kalau group ok la boleh share-share. Kalau couple naik motor jela . Klu nak shopping sila bawa duit thai lebih sebab cas atm withdrawals RM 40! Lagi satu korang jangan risau mostly diorang semua boleh cakap melayu dlm 5% je tak pandai tu kena speaking basic. Pastu pergi memana pakai je google maps ok tak payah bawa peta tu pula.
Travel essentials:
seterika(hotel thai memang tak sediakan), kipas kecil, pillow neck, sweater (dalam ets sejuk wei), pakai kasut, sunblock.
Thats all!! Hope korang enjoy with my simple itinerary, if ada salah kira memana tu maafkan ye sis failed math. KALAU KORG RASA MAHAL CUT MANA YANG TAK PERLU, Maybe ada orang spent lagi murah or lagi mahal. Again ni trip dari KL ye, kalau dari PERLIS tak payah sembang memang lagi murah. ok bai.
Sumber: Mya Syamyra