Famili

Fair Barang Kemas Terbesar Malaysia Kini Kembali! Anda Mungkin Menang Jongkong Emas Tau.

13.6K
SHARES

Min rasa mesti ramai yang tak tahu tentang kewujudan Malaysia Jewellery Fair (MIJF) kan? Haa..Ni admin bagi sedikit info mengenai MIJF dan kenapa anda semua kena ke sana.

Untuk pengetahuan anda, MIJF adalah pameran barang kemas antarabangsa di negara kita. Kali ni MIJF akan berlangsung di  Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dewan 5, pada 2 hingga 5 Ogos 2019 dari jam 11 pagi hingga 7 petang.

Acara yang julung kali diadakan ini tampil lebih gah, menarik dan meriah apabila menawarkan hadiah jongkong emas kepada pengunjung mereka nanti. Nak tahu macam mana nak menang hadiah yang menarik ni? Kena la baca sampai habis!

Menangi Jongkong Emas! Ini peluang Yang Anda Tak Boleh Lepaskan!

Anda berpelung memenangi jongkong emas seberat 5 gram. Caranya mudah saja! Anda cuma kena berkunjung ke MIJF dan buat pendaftaran di sana. Kemudian, anda akan dapat satu kupon bagi melayakkan anda join peraduan ni.

Selain tu, dengan setiap pembelian barang kemas bernilai RM3000, anda akan terima lagi satu kupon. Lebih banyak kupon yang anda ada, lebih tinggi peluang untuk menang. Best kan?

Setiap hari ada hadiah jongkong emas seberat 5 gram ni! Rugi sapa tak join.

**Hanya sah sepanjang tempoh MIJF berlangsung

Lebih 120 Booth Daripada Pelbagai Negara! Rambang mata!

Di MIJF ada pelbagai jenis barang kemas. Cakap saja anda nak cari apa? Semua ada! gelang tangan, gelang kaki, cincin, subang, rantai leher dan banyak lagi ada dekat sini.

Nak material apa? Emas? Perak? Mutiara? Batu permata? Yang lain-lain pun ada. Buat pemilik kedai emas, nak cari mesin barangan kemas pun ada. Ada hampir 300,000 jenis barang kemas yang dipamerkan oleh lebih 120 booth yang join MIJF kali ini.

Koleksi Barang Kemas Perkahwinan Confirm Akan Tambat Hati Anda!

Bagi anda yang nak melangsungkan perkahwinan dan nak cari barang kemas tu boleh la datang dan saksikan sendiri betapa gempaknya koleksi barang kemas untuk set perkahwinan yang MIJF tawarkan.

Bayangkanlah ada 14 buah negara yang join MIJF dan anda akan disajikan dengan koleksi barang kemas perkahwinan bertaraf antarabangsa dengan rekaan terkini dan harganya seiring dengan kualiti. Memang rugilah kalau tak datang tengok sendiri.

Acara Lelong Barang Kemas Pertama Di Malaysia! Siap Ada Seminar Berlian!

Yang menariknya, MIJF ada buat lelongan barang kemas dan ianya yang pertama di Malaysia. Lelongan ni dilakukan pada 4 Ogos saja dan anda boleh mendaftar sebagai pembida di www.mijf.com.my

Bagi anda yang nak tahu lebih lanjut tentang berlian dan sejarahnya, anda boleh sertai seminar Information of Lab Grow Diamond secara PERCUMA pada 3 Ogos 2019, tepat jam 3 petang.

Berikut adalah cara untuk anda membuat pra pendaftaran sebagai pengunjung MIJF:

  1. Pra pendaftaran perlulah dilakukan melalui laman web <www.mijf.com.my>
  2. Admin ulang sekali lagi ya, bagi yang nak mendaftar sebagai pembida, anda boleh  mendaftar di <www.mijf.com.my>

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Kalau anda seorang penggemar barang kemas, collector atau mungkin seorang pemilik kedai barang kemas, ini peluang terbaik untuk anda dapatkan koleksi barang kemas dengan rekaan terkini pada 2 hingga 5 Ogos di MIJF, Dewan 5, KLCC.

Paling best, anda ada peluang untuk memenangi jongkong emas seberat 5 gram! Jom datang beramai-ramai!

Website: Malaysia Jewellery Fair

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×