Euforia Bola 2026
Didik

Masya-Allah! Anak Dr Sheikh Muszaphar Khatam Al-Quran Seawal Usia 5 Tahun, Ramai Kagum

KHATAM AL QURAN

Anak kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, iaitu Emelia mencuri perhatian ramai selepas berjaya khatam al Quran pada usia lima tahun.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi rasa syukur atas pencapaian anak perempuannya itu yang berjaya menamatkan bacaan al-Quran.

Baca juga: Kembali Selepas Sekian Lama! BH Terbit Semula Sisipan DIDIK Setiap Selasa, Bantu Murid Lebih Cemerlang

ANAK DR SHEIKH MUSZAPHAR KHATAM AL QURAN USIA 5 TAHUN

KHATAM AL QURAN

Menurut beliau, anak lelakinya, Eusoff kini masih meneruskan bacaan dan sudah mencapai juzuk ke-25.

“Emelia is 5 years old and she just khatam AlQuran. Alhamdulillah. Eusoff is still at juz 25. Soon,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian sama, Dr Sheikh Muszaphar turut merakamkan penghargaan kepada Keedsflix atas peranan dalam membantu anak-anak mengikuti pembelajaran Al-Quran.

Beliau berharap usaha tersebut dapat membantu lebih ramai kanak-kanak mencapai sasaran untuk khatam Al-Quran sebelum berusia enam tahun.

“Thanks to @keedsflixhq. Buat semua anak Keedsflix, itu yang diharapkan. Itu yang dijanjikan. Khatam sebelum 6 tahun. Ya Rabb. Amiin,” ujarnya.

KHATAM AL QURAN

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan agar Emelia terus istiqamah dalam mendalami ilmu agama.

Ramai turut memuji usaha Dr Sheikh Muszaphar dan keluarga dalam menerapkan pendidikan al-Quran sejak usia awal, sekali gus menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk membimbing anak-anak mengenali dan mencintai al-Quran.

“Alhamdulillah Tahniah untuk ayah dan ibu berjaya mendidik anak anak yang cemerlang dunia dan akhirat,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Abang Kantin ‘All Out’ Sediakan Menu RMT Penuh Nutrisi, Kemas Dalam Bekas Bertutup Curi Perhatian!

Sumber: Instagram Sheikh Muszaphar Shukor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×