Euforia Bola 2026
Didik

Abang Kantin ‘All Out’ Sediakan Menu RMT Penuh Nutrisi, Kemas Dalam Bekas Bertutup Curi Perhatian!

menu rmt

Menerusi perkongsian di akaun Threads `@abangkantin_sekolah`, dia memuat naik gambar hidangan menu RMT yang disediakan di Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan.

Makanan tersebut turut dibungkus menggunakan bekas bertutup bagi memastikan kebersihan dan memudahkan proses agihan kepada murid.

Baca juga: “Tak Berkedut Langsung!”- Tudung Tertinggal Di Rumah, Suami Jadi Tukang Hantar Selamatkan Isteri Sebelum Masuk Pejabat

MENU RMT LENGKAP NUTRISI, RAMAI PUJI ABANG KANTIN INI

MENU RMT

Berdasarkan perkongsian itu, menu pada hari berkenaan terdiri daripada nasi putih seberat 100 gram, kuah paprik bersama ayam goreng seberat 50 gram, lobak merah 10 gram, kacang panjang 10 gram, dua sudu minyak serta sepotong tembikai sebagai pencuci mulut.

Gabungan makanan tersebut dilihat mengandungi sumber karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan, sekali gus memberikan hidangan yang seimbang kepada murid yang menerima manfaat RMT.

Perkongsian berkenaan bukan sahaja mempamerkan menu yang disediakan, malah turut mendapat perhatian ramai kerana persembahan makanan yang kemas, bersih dan kelihatan menyelerakan.

Ramai berpendapat usaha pengusaha kantin menyediakan hidangan berkualiti seperti itu wajar diberikan penghargaan kerana memainkan peranan penting dalam memastikan murid menerima makanan yang berkhasiat sepanjang berada di sekolah.

Komen positif warganet

Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dan mendoakan agar rezeki yang diberikan kepada murid melalui hidangan tersebut menjadi asbab mereka membesar sebagai insan yang baik.

“Cantiknya.. semoga yang makan ini semua jadi anak soleh solehah beriman taat perintah Allah. Aamiinn,” komen warganet.

Selain itu, ada juga yang memuji komitmen pengusaha kantin berkenaan yang dilihat konsisten berkongsi menu RMT setiap hari serta tidak pernah mengecewakan dari segi penyediaan makanan.

MENU RMT

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai berharap lebih ramai pengusaha kantin sekolah berkongsi menu harian RMT sebagai inspirasi kepada pihak lain dalam menyediakan hidangan yang bukan sahaja mengenyangkan, malah memenuhi keperluan nutrisi murid.

Malah, tidak kurang juga yang berpendapat usaha seperti ini dapat meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap kualiti makanan yang disediakan di sekolah, selain memberi penghargaan kepada pengusaha kantin yang bersungguh-sungguh memastikan setiap hidangan disediakan dengan penuh tanggungjawab.

Baca juga: Bekas Tentera Terlepas Tali Gantung, Hukuman Bu*uh Anak Perempuan Umur 9 Tahun Diganti Penjara 40 Tahun

Sumber: Threads Abangkantin_sekolah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×