Sudah menjadi kebiasaan, apabila ada jawatan, mesti akan berlaku perebutan. Begitulah drama Tonton original terbaharu, ‘Presiden Kampung Morten’ yang memaparkan sikap manusia berebut jawatan.
Siri ini mengisahkan watak Kiambang dan Manisah yang tinggal di Kampung Lemak Manis. Kiambang adalah Timbalan Presiden Persatuan Wanita Kampung Morten, sebuah persatuan yang aktif memperjuangkan nasib wanita, khususnya penduduk wanita di kampung tersebut.
RIUHNYA DRAMA PRESIDEN KAMPUNG MORTEN INI
Kewujudan persatuan itu telah mengurangkan kes penganiayaan wanita pelbagai peringkat umur. Lelaki di kampung tersebut berasa gerun untuk menyakiti kaum Hawa kerana risau diserang ahli persatuan ini.
Che Embun, ibu kepada Manisah, merupakan bekas presiden Persatuan Wanita Kampung Morten. Dia telah dilucutkan jawatan atas tuduhan terlibat dalam skandal dengan Tok Mudim Sado.
Tentunya, Manisah tidak berpuas hati dengan perkara yang menimpa ibunya. Dia berhasrat untuk menuntut bela dan mendapatkan semula hak Che Embun. Namun, hal ini bukan mudah kerana Kiah telah menyandang jawatan presiden itu selama dua tahun berturut-turut. Dia juga telah menjalankan tugas dengan baik.
Apakah strategi yang akan dilaksanakan oleh Manisah dan mampukah dia mendapat kembali takhta yang telah dirampas daripada ibunya?
Jawapannya, anda kena saksikan drama Tonton, Tonton Original Presiden Kampung Morten bermula 17 April ini. Strim secara eksklusif di Tonton.