Siapa tak kenal play dough? Mesti semua kenal kan tambah pula kanak-kanak. Play dough ni sudah menjadi antara barang permainan yang wajib ada bagi setiap kanak-kanak. Bagus sebenarnya play dough ini kerana dapat membantu merangsang sensori anak-anak. Rupa-rupanya play dough ni kita boleh DIY sendiri di rumah, tak payah beli di kedai lagi! Macam mana nak buat? Jom kita ikut cara-cara di bawah ini.

giphy.com
PERKONGSIAN CARA BUAT DIY PLAY DOUGH
Korang mesti tahu permainan play dough atau dipanggil doh mainan kan? Kalau dulu, kita selalu guna tanah liat atau nama lainnya plastisin. Banyak kebaikan bermain play dough untuk kanak-kanak. Antaranya meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Boleh mengasah daya kreatif anak-anak. Boleh juga ajar anak-anak kenal huruf guna benda ni.
Sekaligus dapat tingkatkan kemahiran sosial, daya imaginatif dan kemampuan berbahasa. Yang paling penting dijamin selamat. Kalau anak korang termakan ke, tidak memudaratkan. Sekarang ni aku cuba bagi doh Amsyar pegang pun bukan main suka Amsyar. Siap tarik-tarik doh tu. Salah satu yang menarik minatnya mungkin kerana warna doh yang berwarna-warni.

probablyactually.wordpress.com
Untuk menjamin keselamatan anak-anak, lagi elok kalau korang buat play dough sendiri. Tidak memerlukan modal yang banyak. Cara buat pun senang. Yang buat ni isteri gua untuk dia ajar dekat sekolah dia. Isteri gua ajar Pendidikan Khas. Dalam subjek Kemahiran Manipulatif. Bab ni memang dia terer. Dia mengajar anak-anak istimewa yang sangat memerlukan bimbingan untuk perkembangan psikomotor mereka.
Semudah ABC! Boleh follow tutorial yang aku kongsikan ni. Baca penerangan pada setiap gambar dekat bawah.
Bahan-bahan
Satu Mangkuk Tepung Gandum
Dua Sudu Besar Minyak Masak
Satu Sudu Kecil Garam
Satu Sudu Besar Krim Tartar
Satu Cawan Air
Sedikit Pewarna

www.facebook.com/asy2105
Langkah-langkah
1. Gaulkan semua bahan.
2. Masak atas api yang kecil. Kacau sehingga masak. Kalau boleh gunakan periuk yang tidak melekat.
3. Angkat adunan dan sejukkan. Uli sehingga sebati.
4. Simpan dalam bekas tertutup seperti plastik kedap udara. Lepas main, simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller. Supaya tahan lebih lama. Kalau lepas uli tu rasa doh lembik, tambah tepung lagi dan terus uli. Tujuan masak doh ni supaya doh tahan lebih lama.
Aku tengok harga play dough yang berkualiti sikit ni dekat RM17. Selamat mencuba gais. Nak hidup jimat, kena usahalah sikit, kan. Dah jimat tak perlu beli dah. Jimat RM17 sangat bernilai tau hari ni. Kau apa tau. Kah!
*Selamat mecuba semua, lepas ni tak payah nak beli play dough di kedai dengan harga yang mahal lagi kan? Jimat!
Sumber: Amir Syahir