Didik

Masing-Masing Ada Cara Nak Didik Anak, Ini Sebabnya Ibubapa Lain Tak Perlu Jadi ‘Judgemental’

100
SHARES

“Eh tengok anak si Fira tu, menangis, meraung saja kerjanya. Bising!”

” Tu lah, mak dia tak ajar ke bagi anak jadi sopan sikit?”

Pernah tak anda terlibat dalam perbualan sebegini? Sudah menjadi lumrah untuk orang bercakap tidak kira hal kerja atau hal peribadi kita. Begitu juga dengan hal mendidik anak, ada saja yang nak mengkritik. Cuba anda ada pandangan seperti wanita ini, barulah positif saja hidup tu.

giphy.com

Kanak-kanak tak mendengar kata?

Sering kita sendiri alami atau tengok orang lain hadapi situasi di mana anak meraung nak kan sesuatu, anak baling barang, tantrum, tak dengar cakap, masih ulang kesalahan sama dan lain-lain. Kalau kita sendiri alami, segan rasanya bila orang pandang, kan? Bila orang lain alami, macam tu juga dia rasa. Tak perlulah kita judge apa-apa. Kalau saya, buat-buat tak nampak saja.

www.todaysparent.com

Mereka ada cara untuk selesaikan, kalau kita bagitau cara kita pun belum tentu menjadi pada anak orang. Bukan bererti anak itu tak dididik, bukan juga bererti didikan ibubapanya tak menjadi. Gitulah lumrah kanak-kanak, disiplinnya berperingkat. Jangan kita ingat ‘sekali ajar, terus ingat’. Atau ‘sekali tegur, terus mereka tak buat’.

http://www.parents.com/

‘STOP JUDGING OTHERS’

Jadi stop judging others. “Teruk naw anak dia. Menjerit tak tentu hala”. Eh kak limah, anak baru sorang. Anak kedua, ketiga, keempat. Belum tentu sama sikapnya macam anak pertama. Tiap kanak-kanak walau dibesarkan oleh insan yang sama, tetap akan ada perbezaan.

http://community.today.com/

Ada masanya kanak-kanak sangat cool, baik, happy mood, mendengar kata. Ada masanya mereka bad mood, letih, nak kan perhatian dan lain-lain. Waktu itu lah cabarannya. 24 jam yang pelbagai ragam, hanya ibubapanya sahaja yang tahu. Kita outsiders ni melihat 10 minit sahaja. Time kat shopping mall sebagai contoh. Baki waktu kita tak tahu camana anak itu, kan?
Untuk mak pak. Kena terus gigih mendidik, memberi jalan, membetulkan, membantu, mengasuh anak-anak. Jangan jemu menegur benda yang sama berulang kali. Lama-lama mereka akan ikut, percayalah.

http://www.lifehack.org/

* Jadi, tak payah nak sibuk-sibuk hal anak orang tu, yang pentingnya anak kita dapat dididik dengan sebaiknya ok?

Sumber: Hanan Nur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×