Menyusun atur dekorasi dalam rumah supaya kelihatan kemas dan praktikal adalah kunci utama supaya ruang rumah kelihatan lebih luas. Salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk memastikan ruang rumah kelihatan luas dan tidak serabut adalah dengan memperkenalkan penggunaan foldable table. Teknik ini telah digunakan oleh orang Jepun sampailah meja foldable ini dipanggil ‘Japanese Table’. Apa yang menariknya meja ini sangat sesuai digunakan oleh anak-anak bila tiba waktu nak buat kerja sekolah.
DIY FOLDABLE TABLE ATAU MEJA LIPAT JIMAT RUANG
Bahan diperlukan utk 1 meja:
1.Meja jepun/meja study budak (memang dah ada)
-Kalau tak ada boleh beli dekat Mr Diy dalam rm13++
-Usha jugak papan plywood tapi macam costly + leceh jugak nak kena cat dll..jimat lagi beli meja tu..
2.Adjustable bracket mr diy (rm13.90)- dalam gambar kat bawah
3.Wallpaper mr diy (rm3.40) -sebab malas dah nak gi cari kedai eco
So total rm17.30 sahaja
1. Ni meja asal anak..sebab dah besar panjang makanya kaki dah sangkut nak masak bawah meja.
2. So first step bukak la dulu sgale jenis skru n bracket tu..kite nk ambik papan die je.
3. Ni rupa asal permukaan meja ni..jadi macam tak kena la pulak dengan tema nak deco-deco ye. Lagipun abg ngoh 6 tahun dah abg long pulak darjah 1 dah, insyaallah mahir dah basic alphabet ni.
4. So kite cover la dengan wallpaper..part ni gaduh jgk la, mama nak warne putih tapi papa kita cepat kotor, budak-budakkan..ok fine, papa menang part ni.
5. Nilah rupanya adjustable bracket tu..memang die jual sepasang..so 1 set untuk 1 meja la..dia ada banyak saiz..macam dalam gambr ni saiz 12 inci..ade tulis dekat bahagian atas.
6. Next day pasang the kakinya..
7. Dah siap dua-dua belah..
8. So marking la ikut ketinggian dan keselesaan anak-anak…drill lubang dan pasang benda alah ni…jenuh jugak la papa mu moga pulas skru manual…tq papa,jasamu dikenang.
9. Taraa dah siap ye tuan puan..take note skit ye, bila nak lipat meja tu kena angkat dulu sikit ke atas baru boleh klik butang dia tu then barulah boleh lipat..kalu tak dan terus lipat ke bawah memang keras dan tak bergerak..Untuk safety mungkin..jangan nak menggelabah sangat, macam aku semalam la. Kekononnya 2 in 1 la ni..meja study + tempat santai-santai baca buku..tapi nampak gayanya macam jadi tempat main lompat-lompat.
10. Ginilah rupanya bila dah dilipat..so kalau ada tetamu luas la skit nak solat ke ape ke..sekian saja tutorial..semoga bermanfaat.
*Selamat mencuba!
Sumber : Farah Fauzana Ismail