Asuh

Ini Sebab Meja Lipat & Iron Board Boleh Jadi ‘Pembunuh Senyap’ Kanak-Kanak, Mak Ayah Jangan Lalai!

74
SHARES
ironing board

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan kes seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas dipercayai tersepit di celah besi meja lipat ketika bermain. Kes ini mengundang kerisauan dan rupanya banyak berita mengenai bahaya produk seperti meja lipat dan ironing board ini.

Dalam kes ini, bedah siasat mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut meninggal dunia akibat asfiksia yang disebabkan oleh kekurangan oksigen ke otak. Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak, yang boleh mengakibatkan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Baca juga: Tengah Main Tiba-Tiba Senyap, Budak Perempuan Usia 6 Tahun Maut Tersepit Meja Lipat

RISIKO IRONING BOARD & MEJA LIPAT, BOLEH UNDANG PADAH

ironing board

Infografik Hong Kong Consumer Council

Walaupun peratalan seperti ironing board dan meja lipat ini dilihat sebagai sangat praktikal untuk digunakan di rumah, sekolah atau mana-mana sahaja, sebenarnya boleh mengundang risiko. Terutamanya kepada kanak-kanak kerana, risikonya adalah mereka boleh terjatuh, terkena bucu dan potensi untuk tersepit di celah kaki besi meja berkenaan.

Menurut Hong Kong Consumer Council, meja lipat merupakan satu peralatan yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa dalam kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kes yang melibatkan kematian berlaku apabila kanak-kanak menterbalikkan meja dan bermain di tengah kaki meja berkenaan.

Paling merisaukan adalah, jika kaki meja tidak dikunci dengan betul, ia boleh terlipat dan memerangkap kanak-kanak di antara batang kaki besi meja berkenaan. Apabila sudah terperangkap, ini agak mustahil untuk kanak-kanak melepaskan diri tanpa bantuan orang dewasa.

ironing board

Foto: Buykanat

Berat badan mereka akan menyebabkan kaki besi semakin ketat, lebih-lebih lagi ketika mereka panik atau bergelut untuk melepaskan diri. Akhirnya, mereka mungkin tersepit atau tercekik di celah-celah kaki besi berkenaan serta berisiko untuk maut.

Bukan Hong Kong Consumer sahaja yang menyatakan risiko malah negara lain turut berpendapat sama. Pada tahun 2022, kerajaan UK telah mengeluarkan arahan pembetulan untuk memusnahkan meja dan kerusi lipat buatan China sebaik sahaja tiba di sempadan.

“Produk ini mempunyai risiko kecederaan yang tinggi kerana struktur meja tidak cukup kuat untuk menahan beban dan mudah patah,” menurut notis tersebut.

ADA LANGKAH KESELAMATAN KALAU NAK GUNA..

Foto: E-commerce site

Hong Kong Consumer Council berkata, terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil oleh orang ramai untuk mengelakkan situasi di atas berlaku. Antaranya:

-Pengguna perlu memastikan meja lipat yang dibeli adalah kukuh dan mempunyai kunci keselamatan
-Apabila meja berkenaan dibuka, kunci keselamatan perlu dimasukkan supaya meja tidak terbalik atau tertutup sendiri
-Sekiranya tidak digunakan, adalah lebih selamat jika meja lipat disimpan dalam kawasan tertutup yang jauh daripada jangkauan kanak-kanak.

Memandangkan meja lipat adalah berbahaya kepada kanak-kanak, maka ibu bapa perlu mengawasi anak masing-masing dan melarang mereka daripada bermain dengan peralatan tersebut.

*Perlu diingat, apabila kanak-kanak tersepit di celah kaki meja lipat, peluang untuk mereka terselamat adalah tipis sekiranya tiada orang dewasa di kawasan berdekatan!

Baca juga: PU Salman Kongsi 6 Langkah Amalan ‘Mahal’ Calon Peperiksaan Boleh Buat, Elak Lupa

Sumber: SAYS, Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×