Malaysia memang terkenal sebagai negara yang masih menjaga adab dan tatasusila walaupun sudah maju dalam pelbagai sektor. Oleh kerana itulah, sangat sukar untuk lihat orang bercium di tempat awam seperti negara luar kerana anda boleh dikenakan tindakan undang-undang!
Kalau nak bermanja-manja khususnya yang sudah berkahwin itu tiada masalah tetapi janganlah menjadi terlalu Barat sehingga tiada secubit pun rasa malu.
Baca juga: 7 Aplikasi ‘Dating’ Yang Popular & Percuma Di Malaysia, Yang Solo Boleh Mulakan Langkah Sekarang!
ORANG BERCIUM DI TEMPAT AWAM DALAM MALAYSIA BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN
Jika ditangkap bercium di tempat awam di Malaysia, anda boleh menghadapi tindakan undang-undang di bawah Seksyen 294 (A) Kanun Keseksaan jika perbuatan itu dianggap tidak senonoh dan mengganggu orang lain.
Tempat awam seperti taman dan jalan awam dilindungi di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil. Pada tahun 2006 terdapat kes di mana ada pasangan didakwa atas perbuatan mesra di tempat awam. Mengikut undang-undang tempatan, elakkan perbuatan intim di tempat awam untuk mengelakkan sebarang masalah.
Untuk pengetahuan anda lagi, undang-undang ini bukan sahaja tertumpu kepada pasangan beragama Islam sahaja, malah untuk bukan agama Islam pun juga. Buat pasangan yang sudah berkahwin pun anda jangan rasa selamat kerana ini bukanlah soal sudah halal atau belum tetapi lebih kepada adab perilaku di tempat awam.
Menurut eSyariah juga, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 (Seksyen 83) iaitu perbuatan tidak sopan di khalayak ramai, seseorang dengan sengaja melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah bersalah dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
*Jadi, sudah kahwin atau belum kahwin tidak perlu untuk anda ‘menunjuk’ di tempat awam ya..
Baca juga: Pakar Senarai Top 10 Kerjaya Yang Berpotensi Untuk CURANG Dengan Pasangan, Tak Sangka Ya!
Sumber: Tiktok @lawyerwanazmir