Rakyat

Mulai 2019, Pasport Yang Hilang Akan Didenda RM300 – RM1,200

3.9K
SHARES

Perhatian kepada anda yang selalu travel ke luar negara – Mulai tahun 2019 ini, sesiapa yang kehilangan pasport akan dikenakan denda RM300 hingga RM1,200 bagi menggantikan dokumen perjalanan itu.

Denda Baru Telah Dikuatkuasakan 1 Januari 2019

Menurut sumber berita, perintah denda itu turut tertakluk kepada kerosakan pada dokumen berkenaan seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 bertarikh 20 Disember tahun lalu.

Perintah yang disiarkan di laman sesawang rasmi Pejabat Peguam Negara itu dikeluarkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Denda RM400 Bagi Kehilangan Kali Pertama

Menurut perintah yang baru dikuatkuasakan tersebut, individu yang kehilangan dokumen terbabit buat pertama kali, dikenakan denda sebanyak RM400 kecuali kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara.

Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara pula, denda sebanyak RM300 akan dikenakan.

Denda Dinaikkan Dengan Kehilangan Berulang

Bagi penggantian pasport kali kedua, denda sebanyak RM700 akan dikenakan manakala bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara, denda sebanyak RM600 akan dikenakan.

Jika pemilik kehilangan pasport buat kali ketiga, denda sebanyak RM1,200 akan dikenakan manakala RM1,100 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara.

Denda hilang pasport malaysia

Foto Kredit: Buletin Utama TV3

Simpan Pasport Baik-baik Ya!

Secara positifnya, denda yang dikenakan ini bukanlah bertujuan menyusahkan tetapi sebaliknya ia menekankan pentingnya pemilik pasport untuk menjaga dokumen perjalanan tersebut dengan baik. Ia juga boleh mengelakkan pasport daripada disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jika dibandingkan dengan sebelum ini, pemilik yang kehilangan dokumen berkenaan tidak dikenakan sebarang penalti.

Jadi, lepas ni kenalah jaga pasport elok-elok untuk elak didenda!

*Sumber : Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×